- Semlm, aku menghadiri forum Maal Hijrah yang bertajuk, "Kuasa Hijrah Perubahan Ummah".
- Banyak yang aku peroleh daripada forum tersebut antaranya ;
- Hijrah kerana Allah dan perlukan ilmu.
- Kesan hijrah : Penafian hak orang Islam pada zaman kini. Topik yg dikupas mengenai keadaan umat Islam di Palestin dan rejim Israel sebagai contoh. Umat Islam perlu saling membantu untuk berjaya. Kenapa hak umat Islam di Palestin dinafikan? Kerana umat Islam tidak mempunyai persaudaraan yang erat sesama Islam seperti di zaman Rasulullah iaitu kaum Muhajirin dan Ansar.
- Persiapan diri untuk mencapai kecemerlangan ummah :
jalan penyelesaian masalah selain daripada Islam dengan merujuk Al-Quran dan
sunnah Rasulullah SAW.
~ Jangan takut untuk menyampaikan kebenaran.
~ Umat Islam perlu ada kekuatan dari segi akidah, pengetahuan dan perpaduan
di kalangan umat Islam serta mempunyai strategi untuk menghadapi cabaran
dalam hidup. "Musuh Islam sentiasa menunggu kelekaan umat Islam".
3. Peranan wanita dalam menyediakan Generasi Al-Quran yang unggul - melahirkan
manusia yang bertakwa. Wanita Islam perlu menjadikan contoh-contoh wanita
di zaman Rasulullah SAW seperti isteri-isteri Rasululullah SAW, Asma Abu Bakar,
Asiah isteri Firaun dan sebagainya. Bagaimana pengorbanan mereka untuk
membantu penyebaran Islam dan menaikkan martabat wanita Islam.
4. Aplikasi hijrah dalam kehidupan :
~ Senario sekarang, agama Islam tidak dihayati oleh golongan muda.
~ Islam tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Apabila dipisahkan, maka
terjadi pelbagai masalah di kalangan umat Islam pada masa kini seperti
keruntuhan akhlak remaja di Malaysia.
~ Hijrah ketika di usia dewasa. Jangan berhijrah ketika di usia tua.
~ Kita perlu mempunyai ilmu dan pengorbanan dalam diri untuk berhijrah ke
arah kebaikan.
5. Antara kupasan yang aku perolehi daripada forum yang dikendalikan oleh 3 orang
panel Forum:
Kuasa Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah
Ahli panel terdiri daripada:
1) Ustaz Mohd. Abdul Rahim bin Abdul Rahman
(penolong pengarah BBT, KPM, Putrajaya)
2) Ustazah Pauziah binti Hj. Omar
(pensyarah JAPIM, IPTHO)
3) Kapten Muhd. Azizan bin Mohamed
(pegawai agama, Kem Sungai Udang, Melaka)Di kesempatan ini, kepada umat Islam di muka bumi ini, marilah kita sama-sama mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin diberi kekuatan dan kemenangan untuk menentang rejim Israel....ameen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan