Selasa, 28 Julai 2009

Kembali ke sekolah!

  • Alhamdulillah, esok cuti terakhir. Hari Khamis dah boleh mula mengajar. Rindunya pada budak-budak Prasekolah. .=)
  • Minggu ini tak perlu mengajar PJK sebab minggu peperiksaan. Lamanya tak jumpa budak-budak tahun 2 Budiman. Harap-harap bila jumpa nanti semua kenal lagi aku sebagai guru PK & PJK mereka...hehehe....banyak aktiviti yang aku rancang tergendala. InsyaAllah untuk minggu seterusnya aku dapat jalankan aktiviti yang lebih menarik dan dapat dilakukan oleh semua murid...=)
  • Hari ini, aku sudah mula menulis Rancangan Pengajaran Slot (RPS) untuk hari Khamis. InsyaAllah mlm ni smbg untuk hari Jumaat. Mudahkan kerja....hehehe...
  • Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk aku habiskan sesi praktikum kedua. Harap-harap Mdm.Grace datang nilai aku hari Khamis sbb minggu lepas aku cuti.
  • Semoga berjaya!

Jumaat, 24 Julai 2009

Sebelum pulang....


Rentetan 23 Julai 2009, bertempat di Balai Islam Saidah Aisyah (BISA).


Sedang menunggu untuk pulang.


Dr.Mihat sedang menyampaikan maklumat dan peringatan sebelum dibenarkan pulang.


Seorang doktor perempuan dari Hospital Besar Melaka memberikan sedikit taklimat berkenaan pencegahan virus H1N1 kepada guru pelatih yang akan pulang ke rumah.


Semua guru pelatih berbincang sesama rakan sebelum dibenarkan pulang.

Khamis, 23 Julai 2009

Keputusan +ve...

Ujian drpd Allah...keputusannya positif...5 org +ve H1N1...
yang lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing termasuk diriku...
tinggallah sekolah hampir 2 minggu...
aku sudah merindui anak-anak muridku...
Yang penting aku kena jaga kesihatan diri dahulu sebelum pergi ke sekolah.
InsyaAllah tak ada apa2...
Kepada rakan praktikumku, aku mohon maaf kerana tidak dapat hadir dan mengajar bersamamu.
Harap kamu bersabar untuk dua minggu ini. Banyak aktiviti sekolah yang aku tidak dapat sertai. Walaupun agak terkilan, tetapi aku perlu berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. =)

Selasa, 21 Julai 2009

Wabak H1N1 Sedang Dipantau Di IPGM KPM...

  • Semalam bersamaan 20 Julai 2009, satu berita yang agak menggemparkan semua penghuni asrama IPGM KPM. Di mana, 8 orang disyaki positif H1N1 manakala 120 orang masih lagi dikuarantin untuk pemeriksaan lanjutan.
  • Kes ini berlanjutan selepas berita Uitm Lendu, Melaka ditutup sementara kerana wabak yang sama juga.
  • Punca wabak ini yang berlaku di IPGM KPM masih belum diketahui.
  • Berikutan pemantauan wabak ini, pihak Hospital Besar, Melaka mengeluarkan kenyataan supaya semua warga asrama IPGM KPM tidak boleh keluar dari kawasan IPGM KPM selama dua hari bermula semalam untuk mengelakkan penularan di kawasan lain.
  • Oleh kerana, saya masih menjalani praktikum di SK Bukit Baru, saya juga terpaksa dikuarantin dan tidak dibenarkan ke sekolah.
  • Beberapa rakan praktikum yang menetap di asrama juga tidak dibenarkan ke sekolah masing-masing kerana dikhuatiri membawa wabak ini ke sekolah.
  • Semoga Allah melindungi kami semua daripada wabak ini dan yang telah dijangkiti sembuh sepenuhnya....ameen....