Khamis, 27 Ogos 2009

Kebiasaan....

Sudah masuk hari ke-6 umat Islam menjalani ibadat puasa. Puasa kali ini lebih bermakna kerana abangku, Yeyi pulang ke Malaysia setelah sekian lama tidak pulang. Pastinya mak adalah orang yang paling bahagia mendengar perkhabaran itu. Semua orang rindu dengan kepulangan Yeyi. Tetapi kepulangan Yeyi sementara sahaja. Yeyi akan merantau ke tempat lain.

Seperti kebiasaannya, hanya aku, mak dan adik sahaja yang akan berada di rumah sekiranya abah tidak dapat pulang kerana telah ditugaskan di tempat lain. Sepanjang awal bulan puasa ini kebetulan jatuh pada cuti sekolah, maka banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama mak, adik n ibah. Kalau tidak hanya dilakukan seorang diri kerana hujung minggu pun mak dan adik ada kelas tambahan. Tinggallah aku keseorangan di rumah...huhu...

Aku baru sahaja selesai membaca novel "Lasykar Pelangi" setelah sekian lama mencari akhirnya aku jumpa juga novel ini. Terima kasih kepada Hidayat yang menyarankan saya membaca novel ini. Terima kasih juga kepada Wan Adila kerana menjumpainya. Sememangnya novel ini amat menarik dan bersahaja. Boleh dijadikan sumber inspirasi kepada saya sekiranya ditempatkan di sekolah pedalaman kelak.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Hari Terakhir Praktikum....

Tutorial praktikum di DTF...saya dan adda.

Candid!

Cikgu Huda dan murid-murid Prasekolah SKBB, Melaka.


Kak Emy, kak Zi dan murid-murid Prasekolah SKBB, Melaka. Terima kasih di atas kerjasama, bimbingan dan tunjuk ajar yang akak-akak berikan kepada kami. Banyak ilmu dan pengalaman baru yang kami peroleh daripada akak berdua, murid-murid dan sekolah SKBB, Melaka. Terima kasih semua!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Jom Main Doh....


Aktiviti menggunakan doh telah aku jalankan ketika slot Kreativiti & Estetika pada hari Khamis yang lalu. Kanak-kanak seronok bermain dengan doh kerana mereka berpeluang untuk mereka cipta hasil sendiri. Guru hanya membimbing mereka untuk membuat mengikut panduan. Aktiviti ini lebih berpusat kepada murid dan dapat membantu mereka melahirkan idea dan kreativiti mereka sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat doh :

1 kg - tepung gandum
1 cawan - minyak masak
1 cawan - air suam
Sedikit garam (dimasuk ke dlm air suam)
Warna air/poster

Campuran tepung dan minyak masak. Gaul hingga sebati.

Kemudian, curahkan air suam ke atas bahan tadi.

Uli tepung yang telah dicampur dengan minyak, air dan garam sehingga sebati.

Hasil daripada uli tepung tadi.

Doh dibahagi kepada 5 untuk mempelbagaikan warna doh tersebut.

Warna merah dicampurkan sehingga sebati.

Begitu juga dengan warna biru.

Diikuti dengan warna coklat.

Warna kuning.

Akhir sekali warna hijau. Anda juga boleh menggunakan apa jua warna mengikut citarasa masing-masing.

Sebelum digunakan, simpan di dalam plastik atau bekas bertutup supaya doh tidak mengeras dan boleh digunakan selama 3 bulan.

Bermain dengan doh dapat membantu perkembangan koordinasi mata-tangan dan pergerakan motor halus kanak-kanak. Doh juga boleh dipelbagaikan teksturnya mengikut keperluan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.