Aktiviti menggunakan doh telah aku jalankan ketika slot Kreativiti & Estetika pada hari Khamis yang lalu. Kanak-kanak seronok bermain dengan doh kerana mereka berpeluang untuk mereka cipta hasil sendiri. Guru hanya membimbing mereka untuk membuat mengikut panduan. Aktiviti ini lebih berpusat kepada murid dan dapat membantu mereka melahirkan idea dan kreativiti mereka sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat doh :
1 kg - tepung gandum
1 cawan - minyak masak
1 cawan - air suam
Sedikit garam (dimasuk ke dlm air suam)
Warna air/poster
Campuran tepung dan minyak masak. Gaul hingga sebati.
Kemudian, curahkan air suam ke atas bahan tadi.
Uli tepung yang telah dicampur dengan minyak, air dan garam sehingga sebati.
Hasil daripada uli tepung tadi.
Doh dibahagi kepada 5 untuk mempelbagaikan warna doh tersebut.
Warna merah dicampurkan sehingga sebati.
Begitu juga dengan warna biru.
Diikuti dengan warna coklat.
Warna kuning.
Akhir sekali warna hijau. Anda juga boleh menggunakan apa jua warna mengikut citarasa masing-masing.
Sebelum digunakan, simpan di dalam plastik atau bekas bertutup supaya doh tidak mengeras dan boleh digunakan selama 3 bulan.
Bermain dengan doh dapat membantu perkembangan koordinasi mata-tangan dan pergerakan motor halus kanak-kanak. Doh juga boleh dipelbagaikan teksturnya mengikut keperluan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.