- Pejam celik, pejam celik...dah hari ahad...ari ni kena balik Melaka....rindu kat rumah pun belum habis lagi...hehehe...
- Naik cuti byk perkara yang perlu diselesaikan....terutama PRAKTIKUM! Wahhhh.... 2 bulan... sekolah lain pula...pengalaman pun berbeza...harap dpt hadapinya dengan sabar...huhu...
- Dg & Kak Bai beritahu, cikgu yg mengajar tu mmg guru cemerlang. Harap dapat ceduk ilmu & tukar2 idea dgn akak tu nanti...hehehe...
- Yang paling penting, hari ni aku kena bw balik durian n manggis yg br aku kutip pagi td...hehehe...nk bagi satu compartment makan...kenduri ramai2...hehehe...
- Cuti dah habis....hidup mesti diteruskan...hehehe...berusahalah! Tinggal 1 stgh thn je lagi...bersabarlah. Lepas ni msti rindu sgt2 pd Asrama yg tercinta.... =)
Ahad, 21 Jun 2009
Cuti Sudah Habis...
Sabtu, 20 Jun 2009
Durian dan Manggis
Sebut saja "DURIAN" pastinya membuatkan ku teruja! Bukan sahaja diriku malahan ramai lagi yang akan tertarik apabila diajukan mengenai "DURIAN". Adakah anda juga menggemarinya? Musim durian sudah tiba! Aku berpeluang utk merasainya pada saat-saat akhir sebelum aku pulang ke asrama pada esok hari.
Alhamdulillah pada tahun ini, kebanyakan pokok durian di kebun belakang rumah ku berbuah lebat. Jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya agak kurang berbuah. Selama 2 minggu tiada siapa yang mengutip durian-durian yang berguguran. Oleh itu, buah2 tersebut disedekahkan kepada binatang2 yang datang ke kebun tersebut....hehehe...
Di samping durian, terdapat juga pokok manggis yang berbuah lebat. Tak lupa juga pokok cempedak yang sedang mengeluarkan hasil dan menunggunya utk betul2 masak sebelum dipetik.
Sepertimana yang aku ketahui melalui pembacaan, kebiasaannya musim durian dan manggis berlaku serentak. Ini kerana durian dianggap makanan yang memanaskan badan oleh itu, buah manggis dapat menjadi penyejuk badan. MasyaAllah, Maha Hebat Allah mencipta tumbuhan yang mempunyai peranan masing-masing. Aku sempat mencari nama-nama saintifik dan beberapa kandungan zat makanan dalam tumbuhan yang selama ini aku makan tapi tak pernah tahu seberapa lanjut mengenainya...hehehe...
Nama Saintifik Durian : Durio Zibethinus Murr
| ||||
Ahad, 7 Jun 2009
Pulau Jerejak
- Percutian yang tidak dirancang. Walaupun sebenarnya aku baru shj pulang daripada percutian bersama rakan-rakan, aku seakan beruntung kerana ada satu lagi peluang utk bercuti secara percuma...hehehe....alhamdulillah...rezeki yang tak disangka-sangka.
- Percutian kali kedua ini pula ke sebuah pulau tinggalan yg ada sejarah disebaliknya. Agak menyeramkan apabila aku mengetahui sedikit sebyk sejarah di sebalik pulau ini. Akan tetapi apabila menjejakkan kaki ke tempat ini sendiri aku telah mendapat gmbrn sebenar.
- Pulau tersebut adalah bekas tinggalan penjara dan pusat rawatan kusta. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Jerejak
- Kini telah dijadikan tempat peranginan yang menarik iaitu Jerejak Resort & Spa.http://www.pinganchorage.com.my/malaysia_hotel/penang_jerejak_resort_spa.htm
- Aku ke sana di atas jemputan abang ipar dan kakak ku untuk menemani mereka dan anak-anak ke sana...hehehe...(Jadi pembantu)
- Hari terakhir aku di sana, aku telah menjelajahi kawasan tinggalan. Oleh kerana aku pergi seorang diri, aku telah memikirkan risiko utk meneruskan perjalanan ku ke tempat seterusnya iaitu penjara.
- Sungguh menarik dan agak menyeramkan kerana sekitar kawasan tersebut sememangnya hutan tebal.
- Aku perlu meniti sebuah jambatan gantung yang agak tinggi. Aku terpaksa membuang penyakit "Gayat" ku jauh2 kerana aku teringin melihat kawasan tersebut. Alhamdulillah, aku dpt melintasinya tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini.
- Percutian kali kedua ini lebih menarik sekiranya aku ditemani oleh adik-beradikku atau rakan-rakanku kerana boleh berkongsi pengalaman bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)