Jumaat, 18 September 2009

Famous Amos Versi NHK




















Rajah di atas menunjukkan urutan proses kedua membuat biskut raya "Coklat Chip a.k.a Famous Amos Versi NHK"...(",)

Saya memulakan proses mengadun biskut ini setelah selesai solat Terawih. Walaupun agak penat kerana baru sahaja tiba di rumah petang tadi, tetapi ianya tidak mematahkan semangatku utk meneruskan misi yg murni ini...=)

Disebabkan sudah hampir 2 minggu saya tidak pulang ke rumah, oleh itu, menjadi tugasan penting bgku utk menyelesaikan dan menghabiskan semua bahan-bahan di dapur yang telah disediakan oleh ibuku yg tersayang...

Misi murni ini dibantu oleh seorang penolong kanan saya yang merangkap adik bongsu a.k.a ADIK. Kami bertungkus-lumus untuk menyelesaikan misi ini sebelum tiba hari Sabtu. Pembantu saya telah memberikan kerjasama yang cukup baik dan mantap. Hari Jumaat merupakan hari genting bagi kami sebagai petugas misi murni ini. Sekurang-kurangnya, kami perlu menyediakan hampir 3-5 jenis kuih raya iaitu biskut mazola, cornflakes madu, asam manis, tart gulung, popia dan sewaktu dengannya. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga misi ini berjaya! hehehe....

Pesanan penting daripada petugas misi ini yang merangkap Chef Sambilan yang tidak bertauliah agar rakan-rakan yang berminat untuk merasai hasil daripada misi murni ini dgn menghadirkan diri ke rumah ibu bapanya....hehehe...







Khamis, 17 September 2009

Sedih rasanya...=(

Sedih rasanya bila bulan Ramadhan semakin ke penghujungnya. Malam ini sudah masuk malam ke-28...Rasa seperti baru sahaja berpuasa. Pejam celik, pejam celik, sudah hari ke-27...cepatnya masa berlalu...Sepanjang bulan Ramadhan ini, aku dapat rasakan urusanku banyak dipermudahkan oleh-Nya. Setiap tugasan yang aku lakukan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah untuk keseluruhan proses tugasan tersebut. Walaupun tugasan yang diberikan bertindan-tindan... Alhamdulillah aku amat bersyukur. Mudah-mudahan walaupun Ramadhan akan berlalu pergi, aku mohon semangat Ramadhan itu tetap bersamaku sampai bila-bila. Aku mohon doa agar aku berkesempatan untuk menemui Ramadhan pada tahun hadapan...InsyaAllah.

Yang berlalu akan tetap berlalu, Hari Raya pula menjelma...Hari Raya tahun ini lebih bermakna bagiku kerana semua ahli keluargaku dapat berkumpul walaupun hanya seorang sahaja yang masih tidak dapat bersama-sama kami. Semoga hari raya kali ini memberi lebih makna dan diberkati serta dirahmati oleh Allah.

Ucapan khas untuk rakan-rakan yang mengenali diriku ini, Saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri". Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah.