Sedih rasanya bila bulan Ramadhan semakin ke penghujungnya. Malam ini sudah masuk malam ke-28...Rasa seperti baru sahaja berpuasa. Pejam celik, pejam celik, sudah hari ke-27...cepatnya masa berlalu...Sepanjang bulan Ramadhan ini, aku dapat rasakan urusanku banyak dipermudahkan oleh-Nya. Setiap tugasan yang aku lakukan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah untuk keseluruhan proses tugasan tersebut. Walaupun tugasan yang diberikan bertindan-tindan... Alhamdulillah aku amat bersyukur. Mudah-mudahan walaupun Ramadhan akan berlalu pergi, aku mohon semangat Ramadhan itu tetap bersamaku sampai bila-bila. Aku mohon doa agar aku berkesempatan untuk menemui Ramadhan pada tahun hadapan...InsyaAllah.
Yang berlalu akan tetap berlalu, Hari Raya pula menjelma...Hari Raya tahun ini lebih bermakna bagiku kerana semua ahli keluargaku dapat berkumpul walaupun hanya seorang sahaja yang masih tidak dapat bersama-sama kami. Semoga hari raya kali ini memberi lebih makna dan diberkati serta dirahmati oleh Allah.
Ucapan khas untuk rakan-rakan yang mengenali diriku ini, Saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri". Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan