Memaparkan catatan dengan label Luahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan. Papar semua catatan

Rabu, 8 September 2010

Aku marah!

Aku xprnh rs marah tahap ni....tp hari ni, kesabaran ku mmg diuji....mungkin sbb aku jenis yg suka pendam apa yang aku rasa....tp td lepas balik terawih, kemarahanku menjadi2...mungkin bagi yang xtahu cerita disebaliknya akan fikir aku ni "panas baran","bukan penyabar" atau apa2 yang sewaktu dengannya....Aku tak kisah la apa yang orang lain nak fikir...tp aku mmg marah sangat bila orang yang sewaktu mula2 kenal dia tunjuk "baik", sopan, alim, dan sebagainya...lps tu bila dah betul2 kenal, dia buat aniaya kat aku...walaupun bkn bentuk fizikal tp mental, emosi, perasaan dan sewaktu dengannya...mula2 mmg aku maafkan sbb aku fikir mungkin dia xberniat nak buat aku mcm tu. Tp bukan sekali, dah beberapa kali perkara yang sama berlaku. Kalau xberkait dgn kawan2 aku takpe la juga tp kwn2 aku yg lain pun dikaitkn sekali....aku mmg marah...apa punya kawan la perangai macam ni....cukuplah aku je yang rasa tak payah nak libatkan kwn2 yang lain...aku ingat dah lama menyepi dia akan berubah, tup2x, muncul tahu pula nak cari aku yg "konon" dianggap kawan. Perangai masih tak berubah...sama seperti dulu....suka ambil kesempatan utk kepentingan diri dia sendiri....sampailah aku pernah berfikir kenapalah dia xpupus je...(Jahatnya aku)...tp tu hanya fikiran tak rasional...bila aku fikir2kn kembali, xrugi aku maafkan dia....aku marah malam ni je...jap2 lagi oklah...xsuka nk marah lama2 wat penat otak aku dok fikir masalah org lain....

***Kpd kawan yang mmg aku anggap kawan (tp xtau la dia anggap aku apa), aku sentiasa doakan kamu berubah menjadi lebih baik...aku doakan kamu bahagia dan berjaya di dunia & akhirat...walaupun kamu pernah sakiti hati ini, aku tetap doakan yang terbaik untuk kamu...

###Ya Allah, Engkau ampunilah dosa2 ku kerana mempunyai perasaan "marah" ini terhadap saudara sesama Islam...Engkau berikanlah kasih sayangMu agar aku menyayanginya seperti aku menyayangi ahli keluargaku...ameen...

Isnin, 30 Ogos 2010

Mungkin @ tidak ???

  • Mungkin atau tidak aku akan diterbangkan jauh ke sana???
  • 95% satu angka yang banyak! Aku rs mungkin ke sana....tp...
  • Mak dah pesan awal2...."Huda dok je sini, semua ada. Tak payah nak fikir dah."
  • Kalau ikutkan hati, mmg aku nak juga merantau jauh. Tapi kdg kala perlu memikirkan orang di sekeliling aku.
  • Tinggal lagi beberapa bulan. Esok lusa tgk dah tiba ke penghujung bulan 12....Cepat sungguh masa berlalu....sejam rs mcm 10min je...(nak diumpamakan je)....hehehe
  • Walau bagaimana pun, aku akan tetap berdoa agar mendapat tempat yang boleh aku timba banyak ilmu dan pengalaman. Tak kisah la dapat mana pun, asalkan aku boleh sesuaikan diri dengan keadaan di sana nanti.
  • Buat mak, kalau huda tetap dapat tempat yang jauh, mak doakanlah huda dipermudahkan urusan. Kalau huda dapat dekat pun alhamdulillah, boleh balik selalu & temankan mak.
  • Buat buah hatiku, jgn sedih2 kalau sy dpt sana, doakan sy berjaya jd seorang guru yang berdedikasi....=)

Khamis, 27 Ogos 2009

Kebiasaan....

Sudah masuk hari ke-6 umat Islam menjalani ibadat puasa. Puasa kali ini lebih bermakna kerana abangku, Yeyi pulang ke Malaysia setelah sekian lama tidak pulang. Pastinya mak adalah orang yang paling bahagia mendengar perkhabaran itu. Semua orang rindu dengan kepulangan Yeyi. Tetapi kepulangan Yeyi sementara sahaja. Yeyi akan merantau ke tempat lain.

Seperti kebiasaannya, hanya aku, mak dan adik sahaja yang akan berada di rumah sekiranya abah tidak dapat pulang kerana telah ditugaskan di tempat lain. Sepanjang awal bulan puasa ini kebetulan jatuh pada cuti sekolah, maka banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama mak, adik n ibah. Kalau tidak hanya dilakukan seorang diri kerana hujung minggu pun mak dan adik ada kelas tambahan. Tinggallah aku keseorangan di rumah...huhu...

Aku baru sahaja selesai membaca novel "Lasykar Pelangi" setelah sekian lama mencari akhirnya aku jumpa juga novel ini. Terima kasih kepada Hidayat yang menyarankan saya membaca novel ini. Terima kasih juga kepada Wan Adila kerana menjumpainya. Sememangnya novel ini amat menarik dan bersahaja. Boleh dijadikan sumber inspirasi kepada saya sekiranya ditempatkan di sekolah pedalaman kelak.

Selasa, 28 Julai 2009

Kembali ke sekolah!

  • Alhamdulillah, esok cuti terakhir. Hari Khamis dah boleh mula mengajar. Rindunya pada budak-budak Prasekolah. .=)
  • Minggu ini tak perlu mengajar PJK sebab minggu peperiksaan. Lamanya tak jumpa budak-budak tahun 2 Budiman. Harap-harap bila jumpa nanti semua kenal lagi aku sebagai guru PK & PJK mereka...hehehe....banyak aktiviti yang aku rancang tergendala. InsyaAllah untuk minggu seterusnya aku dapat jalankan aktiviti yang lebih menarik dan dapat dilakukan oleh semua murid...=)
  • Hari ini, aku sudah mula menulis Rancangan Pengajaran Slot (RPS) untuk hari Khamis. InsyaAllah mlm ni smbg untuk hari Jumaat. Mudahkan kerja....hehehe...
  • Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk aku habiskan sesi praktikum kedua. Harap-harap Mdm.Grace datang nilai aku hari Khamis sbb minggu lepas aku cuti.
  • Semoga berjaya!

Khamis, 23 Julai 2009

Keputusan +ve...

Ujian drpd Allah...keputusannya positif...5 org +ve H1N1...
yang lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing termasuk diriku...
tinggallah sekolah hampir 2 minggu...
aku sudah merindui anak-anak muridku...
Yang penting aku kena jaga kesihatan diri dahulu sebelum pergi ke sekolah.
InsyaAllah tak ada apa2...
Kepada rakan praktikumku, aku mohon maaf kerana tidak dapat hadir dan mengajar bersamamu.
Harap kamu bersabar untuk dua minggu ini. Banyak aktiviti sekolah yang aku tidak dapat sertai. Walaupun agak terkilan, tetapi aku perlu berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. =)

Ahad, 21 Jun 2009

Cuti Sudah Habis...

  • Pejam celik, pejam celik...dah hari ahad...ari ni kena balik Melaka....rindu kat rumah pun belum habis lagi...hehehe...
  • Naik cuti byk perkara yang perlu diselesaikan....terutama PRAKTIKUM! Wahhhh.... 2 bulan... sekolah lain pula...pengalaman pun berbeza...harap dpt hadapinya dengan sabar...huhu...
  • Dg & Kak Bai beritahu, cikgu yg mengajar tu mmg guru cemerlang. Harap dapat ceduk ilmu & tukar2 idea dgn akak tu nanti...hehehe...
  • Yang paling penting, hari ni aku kena bw balik durian n manggis yg br aku kutip pagi td...hehehe...nk bagi satu compartment makan...kenduri ramai2...hehehe...
  • Cuti dah habis....hidup mesti diteruskan...hehehe...berusahalah! Tinggal 1 stgh thn je lagi...bersabarlah. Lepas ni msti rindu sgt2 pd Asrama yg tercinta.... =)