Suasana baru, murid-murid baru, cikgu-cikgu baru, boleh katakan semua baru...
Pengalaman kali ini amat berbeza dan lebih menguji kesabaran. Tiga bulan sahaja tempoh diberikan untukku membuat perubahan terhadap apa yang telah diamanahkan kepadaku dan rakan seperjuangan. Baru dua minggu berlalu tetapi banyak perkara yang telah aku lalui tanpa ku sedari. Bukan mudah untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
Masih dalam kekaburan untuk menjalankan kajianku. Alhamdulillah dalam kepayahan, Allah menghantar seseorang untuk membantuku mendapatkan ilham dan idea untuk penambahbaikan kajianku. Terima wahai Tuhanku dan terima kasih kepada insan yang sudi membantuku.
Aku merasakan masa berlalu sungguh pantas. Berlalu sudah tempoh 5 tahun yang dinanti-nantikan selama ini. Tapi masih banyak yang masih belum ku lakukan seperti yang pernah ku rancang. Yang telah berjalan aku berasa amat bersyukur dan yang masih belum sempat dilaksanakan aku masih mencari kesempatan untuk memenuhinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan