.jpg)
Tanggal 31, bulan 8, 57
hari yang mulia, hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka....
Hari ni Malaysiaku tercinta dah semakin tua...sudah 53 tahun negaraku merdeka... Dalam ms 53 tahun tu mcm2 la yang dah berlaku.... aku rasa tahun ni merupakan tahun yg agak "menakutkan" sepanjang aku hidup kat dunia ni.... mana x nya, dr awal tahun dgr berita macam2...kat situ je dah boleh fikirkan balik, adakah jiwa dan pemikiran rakyat Malaysia ni sudah merdeka??? Atau dengan erti kata lain, apa yang kita faham tentang merdeka tu sendiri.... kata seorang ustaz dalam artikel yang dia tulis, apa2 yang kita nak nilai jangan tuding2 jari kat orang lain, kerana akan balik semula kat diri kita. Jadi, apa yang aku nak tulis kat sini hanya untuk renungan dan muhasabah diri aku sendiri...
Selama 23 tahun aku hidup di Malaysia ini, aku rasakan SANGAT beruntung kerana sentiasa berada dalam keadaan SELESA.... Tapi bila aku dengar berita tentang saudara seagama dgnku di Palestin terutamanya, dalam hatiku terdetik, "Bagaimana aku nak hadapi? Kuat ke semangat aku seperti mereka??? Aku kagum dengan semangat rakyat Palestin... yang boleh aku lakukan adalah berdoa utk KEMERDEKAAN mereka drpd cengkaman rejim Zionis...."Ya Allah, aku hamba yang hina ini memohon agar Engkau berikan kekuatan, ketabahan, bersatu hati dan semangat juang yang tinggi kepada rakyat Palestin untuk menghadapi musuh laknatullah(rejim Zionis dan sekutunya) serta Engkau satukan hati2 seluruh umat Islam agar bersatu untuk membantu rakyat Palestin bangkit untuk menghapuskan musuh-musuh Islam....ameen Ya Rabbal alamin....
Merdeka itu sangat bererti bagi setiap insan yang memahami maksud disebalik "merdeka". Aku bersyukur kerana dilahirkan ketika zaman kemerdekaan negara telah dicapai. Walaupun tidak dilahirkan ketika zaman penjajahan, aku dapat rasakan sedikit sebanyak penjajahan dalam bentuk pemikiran, cara hidup dan sebagainya. Semasa aku di sekolah rendah, aku sangat meminati subjek Kajian Tempatan. Aku mahu berterima kasih kepada guru kajian tempatan ku yang berjaya menarik minat aku dalam sesi P&P. Aku masih ingat lagi nama guruku, Puan Sarojini, walaupun beliau bukan sebangsa dan seagama denganku, tetapi beliau mengajar aku dan rakan2 dengan penuh ikhlas. Dalam subjek kajian tempatan hanya mengupas serba sedikit mengenai Malaysia. Ketika aku di tingkatan 1-3, Cik Ruhimah yang garang dan amat tegas dalam mendidik aku dan rakan2, telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada diriku untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang cinta dan sayangkan negara. Bermula daripada peristiwa aku di soal bertubi-tubi mengenai info terkini yang terdapat dalam akhbar harian dan perlu dikaitkan dengan apa yang aku telah pelajari di kelas, membuatkan aku sentiasa bersedia sebelum memasuki kelas beliau. Terima kasih cikgu. Jasamu akan ku kenang sampai akhir hayatku...
Aku sangat marah jika ada rakan2 ku yang mengatakan mereka membenci subjek Sejarah... sejarah itu penting untuk diingati kerana sejarah mungkin berulang. Macam dalam hidup kita, kalau kita pernah gagal dalam hidup, takkan kita nak ulangi sejarah itu??? Mesti kita ambil langkah progresif untuk berubah dan sememangnya manusia inginkan kejayaan dalam hidupnya. Cukuplah aku nak tulis setakat ini, walaupun masih banyak lagi yang aku nak cerita. Aku simpan dulu...
Kenanglah jasa-jasa pejuang negara....terima kasih di atas jasa kalian....al- fatihah utk semua...
Terima kasih juga kepada ibu bapa dan guru2 ku yang telah menanam dan mendidik jiwaku untuk menjadi seorang warganegara yang sayang dan cintakan negara Malaysia dan kemerdekaan yang telah dikecapi bersama.... rakyat Malaysia boleh !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan