Memaparkan catatan dengan label Imaginasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imaginasi. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Disember 2008

Sambungan Cerita "Hati"

Pagi itu merupakan hari paling penting buat Qis. Dia perlu menduduki peperiksaan akhir semester. Nasib tidak menyebelahinya kerana dia diserang demam panas. Qis gagahi jua dan pergi ke pusat peperiksaan tersebut. Setibanya di sana, seseorang telah memanggil namanya dari jauh. Dia tidak dapat melihat dengan jelas siapakah gerangan yang memanggilnya lalu terus masuk ke dalam dewan peperiksaan. Selesai sudah peperiksaan, Qis keluar dan belum sempat sampai ke tempat letak keretanya, dia jatuh pengsan. Apabila dia sedar, dia sudah berada di sebuah klinik dan ditemani oleh seseorang yang pernah dikenalinya. Tetapi oleh kerana demam panas sejak pagi tadi, Qis tidak dapat berfikir siapakah yang menemaninya ketika itu. Tiba- tiba, telefon bimbitnya berdering-dering. Rupa-rupanya dia hanya bermimpi.

"Isk, kacau la! Malam-malam buta ni siapa je yang call aku? Baru je nak mimpi indah", Qis mengomel sendiri lalu menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Siapa ni?" soal Qis.

" Waalaikumussalam. Cuba teka siapa?"pemanggil itu meninggalkan tanda tanya kepada Qis.

"Isk! Kalau tak mau cakap jangan la kacau malam-malam buta ni! Dah tak de kerja lain ke?", Qis menjawab dengan perasaan marah.

"Rilek la, nape nak marah-marah? Ok, saya tak nak kacau malam ni, tapi hari lain saya kacau lagi", jawab pemanggil misteri beserta gelak ketawa yang dibuat-buat.

Qis tergamam dan terus mematikan talian tersebut. Malam itu, Qis tidak dapat melelapkan matanya setelah menerima panggilan misteri. Otaknya ligat memikirkan siapakah pemanggil misteri tersebut.

" Kalau betul apa yang dia cakap tadi, macam mana? Masa ni lah aku rasa nak tukar nombor je. Tak pe, aku rasa dia takkan kacau lagi".Qis menenangkan hatinya yang gusar.


Dunia ini memang amat kecil, sekerdil makhluk yang mendiaminya. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap yang ada di atas bumi-Nya ini. Tidak pernah Qis menyangka pemergiannya ke majlis hari jadi teman baiknya, Damia adalah untuk memberinya peluang bertemu dengan seseorang yang amat dia rindui dan sayangi. Wajah itu amat dikenali tetapi sayangnya si dia tidak mengenali diri Qis kini. Dari kejauhan Qis menatap wajahnya. Oleh kerana tiada kepastian sama ada wajah yang dikenalinya itu adalah milik insan yang diminatinya, Qis hanya memendamkan hasrat hati untuk terus menaruh harapan yang tinggi. Setibanya di rumah, otak Qis ligat memikirkan apa yang disaksikan semasa majlis hari jadi tadi.

"Betul ke apa yang aku tengok tadi?Ke aku berkhayal je? Tapi dia tak banyak berubah",kata Qis di dalam hati.

Dia mengabaikan persoalan yang bermain dibenaknya lalu pergi mempersiapkan diri untuk tidur. Belum setengah jam Qis mahu melelapkan mata, telefonnya berdering. Qis hanya mengabaikan tetapi terpaksa akur apabila deringan itu tidak putus-putus. Di dalam hatinya merasakan kemungkinan itu adalah panggilan penting lalu terus mencapai telefon tersebut.

"Assalamualaikum", Qis jawab dengan tenang.

"Waalaikumussalam. Tak tidur lagi?" pemanggil terus menyoal.

"Maaf, siapa ni?" Qis membalas.

"Isk, takkan tak ingat kat saya? Kan saya dah pernah beritahu yang saya akan kacau awak pada hari lain..hahahaha...",pemanggil menjawab dan terus ketawa.

Qis terus mematikan telefon bimbitnya.

" Memang gila agaknya orang tu! Aku ingat siapa la tadi. Tu lah tak tengok dulu nombor siapa terus je angkat",Qis menyalahkan dirinya.

Keesokkan harinya apabila Qis menghidupkan kembali telefon bimbitnya, dia dapati banyak panggilan masuk dan nombor yang sama.

"Memang tak de kerja lain budak ni! Takpe ingat aku tak boleh tukar nombor ke? Lepas ni jangan mimpi nak kacau-kacau aku", Qis tersenyum puas.

akan bersambung...

Rabu, 17 Disember 2008

Pengenalan cerita rekaanku...

Hari ini, aku nak tulis sebuah cerita. Cerita ini dah lama aku tulis tapi tak habis-habis...hehehe...Tapi cerita ni tak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah tiada lagi di dunia yang fana ini. Hanya rekaan semata-mata.. :)

"HATI"


Tidak pernah Qis rasakan perasaan sebegini setelah kali pertama dia terpandang seseorang yang berpakaian begitu kemas dan melemparkan senyuman yang manis ke arahnya. Senyuman itu boleh membuatkan hati Qis berdegup laju. Fitrah manusia menyukai dan jatuh hati kepada berlawanan jantina. Allah itu Maha Berkuasa, semua yang diciptakan-Nya indah dan mempesonakan. Qis tidak terkecuali untuk merasai perasaan sedemikian.Tetapi itu semua hanya tuhan dan dirinya sahaja yang tahu. Tiada siapa yang tahu dia telah "jatuh hati" kepadanya. Setiap kali si dia melintasi di hadapannya, Qis kaget dan tidak mampu untuk bertentangan mata dengannya. Qis hanya berani memandangnya dari jauh. Oleh kerana Qis ingin sentiasa berada di hadapan, dia lupakan seketika perasaan itu. Hari demi hari Qis lalui tanpa melayani perasaan itu. Qis pernah terbaca satu kata-kata hikmah yang menyebut, "Jika dia diciptakan untukmu dia akan kembali kepadamu tetapi jika dia tidak pernah kembali anggaplah dia bukan untukmu". Qis meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Cerita akan bersambung....