Memaparkan catatan dengan label Pedoman Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedoman Hidup. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mei 2009

Untukmu Wahai Wanita....

PEDOMAN HIDUP

(Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia – Be A Happiest Woman)

Dr.`Aidh Abdullah Al-Qarni

“Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau”

Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru, jangan sekali-kali mengaku kalah dengannya.

Beralih dari yang buruk kepada yang baik merupakan satu perjuangan panjang dan sukar, namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

“Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan kesenangan dari setiap kesedihan dan jalan keluar dari setiap kegelisahan”.

Renunglah semula masa lalu dan masa depan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang.

Setiap detik dari umurmu akan dicatat, maka laburkanlah umurmu untuk keredhaan Allah.

Sebenarnya kebahagiaan itu ada di dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali di dalam dirimu juga.

Kegagalan adalah musuh yang paling berbahaya, kerana ia boleh meleburkan ketenangan dan mengundang kesengsaraan.

Redhalah menghadapi kenyataan yang tidak boleh dielakkan kerana anda akan terus menghadapi masalah yang tidak mampu anda ubah. Yang boleh anda lakukan ialah menghadapinya dengan sabar dan iman.

Jika anda mampu menguasai fikiran anda, maka hidup anda akan bahagia.

Percaya kepada diri sendiri sangat besar pengaruhnya untuk mengisi hidup dengan kebaikan dan kedamaian.

Kemenangan itu ada dalam kesabaran.

Tidak perlu menangis kerana sesuatu yang telah berlalu. Jangan biarkan air matamu menitis kerana sesuatu yang sia-sia. Segala sesuatu yang sudah luput dan berlaku tidak mungkin dikembalikan semula.

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenteram”.