Hari Raya Adha tahun ni amat berbeza drpd thn2 sebelumnya...thn ni dalam sejarah, hujan lebat tidak henti-henti dari malam sebelum raya sehingga tibanya hari raya sehingga menyebabkan beberapa kawasan di sekitar kampung banjir.
Perjalanan pulang ke kampung atok Senah di Pagoh, Segamat memerlukan abah memandu dengan cekap di beberapa kawasan tanah rendah yang dilimpahi oleh air banjir. Banjir telah melanda sekitar kawasan tanah rendah di Paloh sebelum keluar ke Yong Peng.
Oleh kerana kami lewat tiba di rumah atok Senah, aku terlepas peluang utk merakamkan detik2 penyembelihan lembu yang dijalankan di luar perkarangan rumah atok Senah. Aku hanya sempat mengambil beberapa keping gambar lembu yang telah disembelih.
Kepada kakak dan abang ku yang tidak ada bersama kami pada hari raya ni, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Marilah kita sama-sama memahami dan mengerti erti sebuah pengorbanan dan hikmah di sebaliknya.. InsyaAllah... Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah di dunia dan akhirat...ameen..

Saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua muslim dan muslimat di muka bumi Allah ini.