Memaparkan catatan dengan label topik hangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label topik hangat. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Apa dah jadi ???

Takut bila dgr & baca berita skrg ni....mcm2 dah jadi...bila habis baca je...tetiba otakku ligat berfikir...cmne la nnti cabaran aku nk didik anak bangsa sendiri...dlm hati terdetik "mampu tak aku nak pikul tanggungjawab ni?"..tp otakku rasional kn balik...tuhan akan beri ujian kpd hamba2Nya mengikut tahap kemampuan mereka. Jadi kalau aku dah berada dlm arena pendidikan ni, aku perlulah kuatkan semangat utk cabaran yg bakal aku tempuhi beberapa bulan lagi....

Kebetulan, subjek semester ni mmg ada kaitan ttg cabaran guru. Mmg sgt berguna untuk aku dan kwn2 membicarakan mslh dan cr atasi sesuatu mslh dlm kelas. MKI sgt membantu bagi menyuntik semangat untuk menjadi seorang pendidik dlm diri kami.

Aku msh lagi berfikir tentang gejala sosial yg berleluasa kini. Apa dah jadi??? Pada pndgn aku, banyak kes telah disiarkan, tp mcm mana yg masih belum disiarkan?mungkin lagi ramai drpd yg kita sangkakn....takutnya bila fikirkan mslh ini. Orang kata kita takkan tahu selagi kita tak hadapi secara realiti. Minta dijauhkan. Tapi aku mungkin akan menghadapi kanak-kanak yang menghadapi mslh2 ni...

Kajian tindakan aku pun ada sangkut paut ngn mslh sosial...sebagai pengenalan je....tp melalui kajian ini mungkin aku leh teruskan untuk mengenal pasti mslh lain berkaitan dengan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak pula. Akan aku fikirkan....

Berbalik pd persoalan td, aku berpendapat, peranan ibu bapa itu sgt penting. Pendidikan untuk anak2 itu bermula drpd sebelum ianya terbentuk menjadi benih. Mksdnya sebelum seorang wanita dan lelaki itu berkahwin sehingga anak itu lahir. Anak2 ini ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorak di atas kain itu. Islam itu indah...Semua yang Allah suruh itu sgt bermanfaat kepada manusia, yang Dia larang itu mmg sgt merugikan manusia....

Masing2 ada pendapat sendiri. Pengajaran yang aku dpt drpd apa yang berlaku pd hari ini ialah nafsu xleh dijadikan kawan. Kita mesti lawan nafsu tu...Kalau kita berjaya kawal nafsu, insyaAllah xakan buat mslh2 sosial. Tp nk kawal nafsu ni perlukan ilmu dan amal....Nasihat Imam al-Ghazali : ILMU tanpa AMAL adalah GILA, AMAL tanpa ILMU adalah sia-sia.