- Cuaca yang tak menentu dan panas terik- demam panas, batuk2, selesema dll. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan orang di sekeliling menghidapinya.
- Berita mengenai wabak "selesema babi" yang bermula di negara Mexico. Mujur Malaysia tidak lagi dilaporkan diserang wabak ini.Alhamdulillah.
- Meningitis yang dikesan di Akademi JPJ di Melaka mengorbankan 1 nyawa setakat ini.
- Bila dengar macam-macam wabak penyakit seperti di atas, sedikit sebanyak membuatkan ramai yang peka terhadap apa yang berlaku di sekitar mereka termasuklah diriku.
- Pada pandangan aku, bila berlaku perkara sebegini, barulah manusia sedar akan kesilapan diri dan berusaha melakukan sesuatu untuk mengelakkannya. Bila kita leka dan lalai tak mustahil Allah nak berikan pelbagai ujian dan dugaan dengan sekelip mata.
- Jika dilihat melalui perubahan cuaca yang panas terik dan tidak menentu buat masa kini, ianya berpunca drpd tangan2 manusia juga.
- Sewaktu di kelas muzik, pensyarahku memberikan pandangan dan luahan yang dia rasakan mengenai apa yang berlaku pada masa kini. Beliau juga bersependapat dengan ku bahawa semuanya berlaku kerana sikap manusia.
- Lantas aku berfikir sejenak, apakah yang akan anak-anakku serta generasi akan datang dapat lihat hasil tinggalan nenek moyang mereka?
- Difikiranku juga terbayang-bayang persoalan mengenai "Hari Kiamat". Mungkin apa yang berlaku di dunia sekarang ini merupakan petanda-petanda bermulanya Hari Kiamat.
- Ku pohon kepada Allah agar diriku dan umat Islam sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan-Nya. Dijauhi oleh anasir-anasir jahat dan bala bencana yang tidak diingini...amin ya Rabbal ala min...
Isnin, 11 Mei 2009
Macam-macam wabak penyakit yang datang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan