Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mei 2009

Macam-macam wabak penyakit yang datang...

  • Cuaca yang tak menentu dan panas terik- demam panas, batuk2, selesema dll. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan orang di sekeliling menghidapinya.
  • Berita mengenai wabak "selesema babi" yang bermula di negara Mexico. Mujur Malaysia tidak lagi dilaporkan diserang wabak ini.Alhamdulillah.
  • Meningitis yang dikesan di Akademi JPJ di Melaka mengorbankan 1 nyawa setakat ini.
  • Bila dengar macam-macam wabak penyakit seperti di atas, sedikit sebanyak membuatkan ramai yang peka terhadap apa yang berlaku di sekitar mereka termasuklah diriku.
  • Pada pandangan aku, bila berlaku perkara sebegini, barulah manusia sedar akan kesilapan diri dan berusaha melakukan sesuatu untuk mengelakkannya. Bila kita leka dan lalai tak mustahil Allah nak berikan pelbagai ujian dan dugaan dengan sekelip mata.
  • Jika dilihat melalui perubahan cuaca yang panas terik dan tidak menentu buat masa kini, ianya berpunca drpd tangan2 manusia juga.
  • Sewaktu di kelas muzik, pensyarahku memberikan pandangan dan luahan yang dia rasakan mengenai apa yang berlaku pada masa kini. Beliau juga bersependapat dengan ku bahawa semuanya berlaku kerana sikap manusia.
  • Lantas aku berfikir sejenak, apakah yang akan anak-anakku serta generasi akan datang dapat lihat hasil tinggalan nenek moyang mereka?
  • Difikiranku juga terbayang-bayang persoalan mengenai "Hari Kiamat". Mungkin apa yang berlaku di dunia sekarang ini merupakan petanda-petanda bermulanya Hari Kiamat.
  • Ku pohon kepada Allah agar diriku dan umat Islam sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan-Nya. Dijauhi oleh anasir-anasir jahat dan bala bencana yang tidak diingini...amin ya Rabbal ala min...

Selasa, 16 Disember 2008

Sememangnya telah berlaku

Hari ini aku membaca sebuah akhbar. Ketika sibuk menyelak akhbar,aku tertarik dengan satu artikel yang bertajuk, "Kanak-Kanak di Malaysia tidak aktif ". Setelah habis membaca artikel tersebut, fikiranku melayang ke alam kanak-kanakku dahulu. Apa yang aku lakukan sewaktu zaman kanak-kanak dahulu? Aku tersenyum sambil mengingat kembali zaman yang paling menyeronokkan itu. Oleh kerana aku seorang yang tidak betah duduk diam, aku lebih gemar bermain aktiviti luar seperti menunggang basikal, lumba lari, hide and seek,main getah, lompat tikus, police entry, tiang galah, dan bermacam-macam lagi permainan yang boleh membuatkan aku sentiasa aktif dan tidak hanya duduk diam...hehehe...itulah aku ketika kanak-kanak dulu. Jika kami sekeluarga pulang ke kampung atok Paloh, aku,abangku serta sepupu - sepapat kami tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke kolam ikan milik atok Paloh. Atok Paloh mempunyai beberapa kolam ikan.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan di sana seperti menangkap ikan, membina empangan dan juga berkubang di dalam kolam ikan tersebut. Oleh kerana aku dan sepupuku perempuan, nenekku sering menakutkan-nakut kami dengan cerita-cerita "Hantu" supaya kami tidak ikut serta ke kolam ikan. Tetapi cerita-cerita tersebut tidak sedikit pun menghalang kami untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang sememangnya menyeronokkan bagi kanak-kanak seusia kami. Antara kenangan yang tidak pernah ku lupa ketika zaman kanak-kanak. Lamunan ku terhenti dan aku berfikir semula mengenai artikel yang telah aku baca.

Sememangnya banyak aktiviti yang boleh membuatkan seorang kanak-kanak itu aktif seperti beriadah, berkebun, bermain bersama-sama rakan sebaya dan sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia pada zaman kini banyak disogok dan didedahkan dengan pelbagai rancangan televisyen yang melekakan, bermain komputer dan sebagainya. Jika tidak dipantau dan diawasi oleh ibu bapa atau penjaga boleh menyebabkan mereka lebih gemar mengamalkan cara hidup sedentari sehingga dewasa kelak. Cara hidup sedentari menyebabkan seseorang berisiko menghidapi penyakit seperti obesiti, diabetis, serangan jantung dan sebagainya kerana kurang aktiviti fizikal.(Aku imbas kembali apa yang pernah aku pelajari daripada pensyarah PJK ku, Miss KT ketika
foundation dahulu).


Di dalam akhbar yang telah ku baca menyatakan ;


Kaji selidik yang dikendalikan Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) terhadap kanak-kanak berusia antara sepuluh hingga 12 tahun di empat bandar raya Asia termasuk Kuala Lumpur menunjukkan, gaya hidup kanak-kanak di Malaysia berada di tahap membimbangkan kerana tidak aktif.
Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak Malaysia termasuk dalam kategori mereka yang kurang aktif kerana sering membabitkan diri dengan kegiatan yang tidak memerlukan mereka melakukan banyak pergerakan seterusnya menyumbang kepada keadaan pasif.
"Mereka tidak cergas bergerak kerana banyak memperuntukkan masa menonton televisyen, bermain Play Station (PS) dan menghadap komputer pada masa senggang. Pada musim cuti sekolah pula, 30 peratus kanak-kanak di Malaysia didapati menghabiskan masa lapan jam sehari menonton televisyen," katanya.
Katanya, lebih memburukkan keadaan, hasil daripada kajian berkenaan juga memperlihatkan pola yang tidak sihat bagi perkembangan kanak-kanak kerana mereka tidak melakukan kegiatan yang sepatutnya seperti bergerak atau dalam erti kata lain, bermain yang boleh menyumbang kepada pengeluaran peluh.
"Kaji selidik itu juga menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam ujian berkenaan memilih bermain komputer atau menonton televisyen berbanding keluar bermain dengan rakan sebaya mereka selain faktor ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja rumah sehingga mengabaikan masa bermain anak yang sedang membesar.

Sumber :
RATU ( Shaidah Shafie shasha@bharian.com.my )


Perkara di atas sememangnya telah berlaku. Apa yang telah aku peroleh daripada artikel di atas amat penting untuk diriku dan semoga aku dapat menyebarkan apa yang telah ku pelajari dan ketahui kepada orang di sekelilingku dan bakal anak-anak didikku.