Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru !

ESOK 16 MEI, APAKAH PERISTIWA PENTING?

HARI ISTIMEWA UTK RAIKAN WARGA GURU.

SELAMAT HARI GURU !


Pagi tadi aku telah mendapat satu mesej ucapan "Slmt Hari Guru" drpd seorang rakan lama. Walaupun aku masih belum mempunyai pengikhtirafan dalam perguruan, ucapan tersebut memberikan aku semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan dalam arena pendidikan ini. Masih byk cabaran dan dugaan yg perlu aku tempuhi untuk mencapai dan merasai nikmat kepuasan seorang guru...

Sebagai pelajar, saya tidak melupakan jasa semua guru yang telah mendidik dan membimbing saya untuk menjadi insan yang berguna di dunia & akhirat.

Guru pertama yang ingin saya ucapan jutaan terima kasih atas segala-galanya yang telah beliau lakukan untuk melihatku berjaya dalam apa jua yang aku lakukan. Beliau yang aku maksudkan ialah EMAK ku. Kerana mak la guru yang pertama aku kenali. Aku sayang Mak! Selamat Hari Guru buat mak yang ku sayang!

Tidak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajar dan membimbing saya sejak dari sekolah rendah sehingga sekarang. Jasa guru amatlah besar buat diriku yang kini bergelar bakal guru.

Semoga semua guru ku sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah di atas pekerjaan mereka yang mulia di sisi-Nya. Allah saja yang dapat membalasnya. InsyaAllah....

Sekali lagi ku ingin ucapankan.....

SELAMAT HARI GURU.....


Khamis, 14 Mei 2009

Syukur Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah, smlm dpt satu berita gembira. Agak mengejutkan dan sukar untuk dipercaya. Semester ini, aku dan adda mendapat calon cemerlang praktikum. Alhamdulillah. Mungkin rezeki yang tak disangka-sangka. Walaupun padaku ramai lagi rakanku yang ku rasakan lebih baik prestasi mereka daripadaku. Syukur alhamdulillah sekali lagi ku ucapkan kepada Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jadi aku & adda kena berusaha lebih gigih. Jutaan terima kasih kepada Puan Masura, Kak Zura dan semua pihak yang telah membantu kami sepanjang sesi praktikum pertama.

D+U+I+T = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal

Teruskan berjuang!

Isnin, 11 Mei 2009

Macam-macam wabak penyakit yang datang...

  • Cuaca yang tak menentu dan panas terik- demam panas, batuk2, selesema dll. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan orang di sekeliling menghidapinya.
  • Berita mengenai wabak "selesema babi" yang bermula di negara Mexico. Mujur Malaysia tidak lagi dilaporkan diserang wabak ini.Alhamdulillah.
  • Meningitis yang dikesan di Akademi JPJ di Melaka mengorbankan 1 nyawa setakat ini.
  • Bila dengar macam-macam wabak penyakit seperti di atas, sedikit sebanyak membuatkan ramai yang peka terhadap apa yang berlaku di sekitar mereka termasuklah diriku.
  • Pada pandangan aku, bila berlaku perkara sebegini, barulah manusia sedar akan kesilapan diri dan berusaha melakukan sesuatu untuk mengelakkannya. Bila kita leka dan lalai tak mustahil Allah nak berikan pelbagai ujian dan dugaan dengan sekelip mata.
  • Jika dilihat melalui perubahan cuaca yang panas terik dan tidak menentu buat masa kini, ianya berpunca drpd tangan2 manusia juga.
  • Sewaktu di kelas muzik, pensyarahku memberikan pandangan dan luahan yang dia rasakan mengenai apa yang berlaku pada masa kini. Beliau juga bersependapat dengan ku bahawa semuanya berlaku kerana sikap manusia.
  • Lantas aku berfikir sejenak, apakah yang akan anak-anakku serta generasi akan datang dapat lihat hasil tinggalan nenek moyang mereka?
  • Difikiranku juga terbayang-bayang persoalan mengenai "Hari Kiamat". Mungkin apa yang berlaku di dunia sekarang ini merupakan petanda-petanda bermulanya Hari Kiamat.
  • Ku pohon kepada Allah agar diriku dan umat Islam sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan-Nya. Dijauhi oleh anasir-anasir jahat dan bala bencana yang tidak diingini...amin ya Rabbal ala min...

Jumaat, 8 Mei 2009

PEPERIKSAAN....

  • SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN
  • SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN
  • SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH KETIKA MENJAWAB SETIAP SOALAN PEPERIKSAAN...AMEEN...
  • BERUSAHALAH!

Ahad, 19 April 2009

dah habis praktikum!

  • Alhamdulillah... semalam hari terakhir aku praktikum...
  • Macam2 aku dapat belajar...
  • Macam2 kerenah kanak-kanak yang aku tengok dan hadapi...hehehe...tp sememangnya pengalaman yang amat menyeronokkan...
  • Mula merindui kanak-kanak tersebut terutama ina syazwani yang sgt cOmey!wlpn dia mempunyai masalah pembelajaran....kesian kat dia... :(

Rabu, 11 Februari 2009

Hari ini dalam sejarah…..

DERMA DARAH…
1. 11hb Februari 2009, buat pertama kali aku medermakan darah…
2. Keadaan yang sesak dengan guru-guru pelatih semasa beratur untuk mengambil dan mengisi borang yang disediakan menyebabkan aku sedikit hampa kerana terlewat sampai di dewan tersebut.
3. Alhamdulillah, kerana sabar menunggu akhirnya aku melepasi saringan pertama iaitu ujian jenis darah dan tahap hemoglobin.
4. Seterusnya, aku pergi ke tempat menunggu saringan kedua.
5. Selesai saringan kedua, aku boleh menderma darah…(Seronok!)
6. Aku mengambil barang-barang yang berkaitan untuk digunakan semasa menderma darah.
7. Aku sedia utk menderma!






Sabtu, 7 Februari 2009

Bila nak sambung balik??

  • Bila aku nak sambung balik cerita tu?
  • Masa itu ada, cuma aku penuhi dgn tugasan2 ku yg melambak2...hehe...
  • Aku hanya mahu menghabiskan cerita tersebut drpd tergantung sejak dulu lagi...huhu...
  • Walau mcm mana pun, aku mesti boleh siapkan!
  • Buat masa sekarang aku nak sambung balik tugasan kursus dulu...hehehe...