Khamis, 4 Disember 2008

Percutian yang indah dan menyeronokkan

















Kereta Kabel@Gondola

Apa nak buat cuti ni? sejenak terfikir....isk...exam belum abis dah fikir pasal cuti...fokus..fokus...
Selang beberapa hari, Zue, selaku kawan baik aku sejak dari sekolah menengah menghantar mesej..."cuti wat pe?nak pi Genting tak?"...aku pun membalasnya..."boleh je...hehhee"

Pada 28hb Disember merupakan hari yang dinantikan...Akhirnya sudah tiba...yaHoo!
Menaiki bas dari Gombak ke Genting sebelum menaiki kereta kabel @ gondola.

Setibanya di sana, kami ,manfaatkan masa yang masih lagi awal dan hari yang masih cerah untuk mencuba semua permainan di sana. Walaupun kami pernah pergi sebelum ini, tetapi kami tetap ingin merasainya sekali lagi terutama rakanku yang masih belum mencuba beberapa permainan yang padaku amat menarik dan menyeronokkan... :)... Keadaan cuaca tidak mengizinkan kami untuk meneruskan misi di "outdoor games". Kami meneruskan misi di "indoor games"...sebelum ini kami belum pernah cuba. Walaupun kepenatan, kami tetap meneruskan permainan.

Jam nenunjukkan hari sudah petang, kami masih belum mengisi perut masing-masing sejak tengahari tadi. Kami terus mencari tempat makan sebelum pulang. Misi kami masih belum selesai kerana kami perlu meredah orang ramai di stesen LRT untuk pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah, kami menerima dugaan yang mencabar. Semua lif di kawasan apartment tersebut kebetulan rosak. Kami dengan sedaya - upaya mengerah keringat untuk menaiki tangga ke tingkat 21...bayangkan dengan kepenatan yang belum hilang, kami rasakan otot-otot kaki kami keletihan sepanjang hari tersebut. Kami gagahi dan berusaha sehingga berjaya sampai ke tingkat 21....Alhamdulillah...


Beberapa gambar yg sempat diambil...hehe...


Me n Zue, Corkscrew, Dinosaurland





Space Shot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan