Khamis, 4 Disember 2008

Percutian yang indah dan menyeronokkan : Episod 2










1hb-3hb Disember 2008 -
Selepas solat Isyak, kami bertolak ke Sitiawan, Perak. Perjalanan memakan masa hampir 8 jam. Kami menginap di Uda River Resort, Sitiawan, Perak.
Pada pukul 8 pagi, kami meneruskan perjalanan ke TLDM, Lumut sebelum ke Kuala Kangsar untuk melihat proses pembuatan Labu Sayong yang terkenal di sana.

Keesokkan harinya, kami bertolak ke Terminal Jeti, Lumut sebelum ke Jeti Pulau Pangkor. Di Pulau Pangkor, kami menaiki van pelancong untuk melawati tempat-tempat yang menarik di sana. Antaranya ialah Kota Belanda @ Dutch Fort, Fu Lin Kong Temple, Hai Seng Hin(Penjual Hasil Laut di Sungai Pinang Kecil), dan Teluk Nipah.Oleh kerana kekangan masa, kami tidak dapat melawati semua tempat di sana.

Menurut pemandu van pelancong tersebut, pada setiap hujung bulan Januari, air laut di pantai Teluk Nipah akan surut dan kering. Pada waktu itu, sesiapa sahaja boleh melalui pasir pantai yang telah kering untuk ke pulau berdekatan dengan pantai Teluk Nipah. Kenyataan tersebut menarik minatku untuk pergi pada waktu yang telah dikatakan pada masa akan datang...hehehe... :)

Semasa di Kota Belanda, kami menemui Chef Wan yang sedang menjalankan rakaman untuk program TV "Ole-Ole Malaysia". Saya sempat mengambil gambar bersamanya.

Percutian ke Perak amat singkat bagiku tetapi tetap menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak buah kesayanganku, Nayli dan Aish...





Bersama Chef Wan ; Fu Lin Kong Temple



Di Kota Belanda @ Dutch Fort





Pantai Teluk Nipah, Pangkor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan