Khamis, 27 Ogos 2009

Kebiasaan....

Sudah masuk hari ke-6 umat Islam menjalani ibadat puasa. Puasa kali ini lebih bermakna kerana abangku, Yeyi pulang ke Malaysia setelah sekian lama tidak pulang. Pastinya mak adalah orang yang paling bahagia mendengar perkhabaran itu. Semua orang rindu dengan kepulangan Yeyi. Tetapi kepulangan Yeyi sementara sahaja. Yeyi akan merantau ke tempat lain.

Seperti kebiasaannya, hanya aku, mak dan adik sahaja yang akan berada di rumah sekiranya abah tidak dapat pulang kerana telah ditugaskan di tempat lain. Sepanjang awal bulan puasa ini kebetulan jatuh pada cuti sekolah, maka banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama mak, adik n ibah. Kalau tidak hanya dilakukan seorang diri kerana hujung minggu pun mak dan adik ada kelas tambahan. Tinggallah aku keseorangan di rumah...huhu...

Aku baru sahaja selesai membaca novel "Lasykar Pelangi" setelah sekian lama mencari akhirnya aku jumpa juga novel ini. Terima kasih kepada Hidayat yang menyarankan saya membaca novel ini. Terima kasih juga kepada Wan Adila kerana menjumpainya. Sememangnya novel ini amat menarik dan bersahaja. Boleh dijadikan sumber inspirasi kepada saya sekiranya ditempatkan di sekolah pedalaman kelak.

2 ulasan:

  1. Salam.
    Dah baca laskar pelangi kena baca sambungannya Sang Pemimpi.

    Ikal ke sekolah menengah pula. Kalu LP watak guru yg hebat adalah Pak Harfan, dalam SP adalah Pak Balia yg pnuh integriti.

    BalasPadam
  2. wlsm...tula...mmg nk bc smbgn cerita ni...terima kasih byk2...=)

    BalasPadam