Mula shj cuti sekolah, byk perkara yg telah dirancang untuk memanfaatkan setiap detik sepanjang cuti sekolah yang aku rasakan begitu singkat...hehehe... Walau bagaimana pun, perancangan tetap diteruskan. Aku pulang ke rumah pada petang hari Jumaat (20/11/09) untuk bersiap sedia sebelum meneruskan misi ku bersama kwn2. Pada hari Sabtu (21/11/09) berangkat ke rumah Wana, selaku tuan rumah dan ketua dalam misi kami. Tiba hari Ahad (22/11/09), kami memulakan misi pertama. Destinasi pertama ke UKM gagal kerana ada sedikit perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi semua itu tidak mematahkan semangat kami utk meneruskan misi ini. Kami ke UM pula, alhamdulillah urusan di sana lebih mudah dan cepat. Kami menghabiskan masa selama beberapa jam untuk mencari bahan. Setelah tamat sesi di UM, kami menghabiskan masa bersama di Sunway Piramid. Susah untuk kami berkumpul beramai2 seperti waktu ini. Keesokkan pagi, kami menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan lebih byk bahan. Alhamdulillah, kami dipermudahkan dan bahan yang dicari banyak membantu. Agak lama juga kami menelaah di sana dengan keadaan yang sejuk dan rasa hampir membeku...hehehe...
Misi tamat ! Tapi kami merasakan kami akan ke Putrajaya kembali untuk menokok nambah apa yg perlu. Masing-masing pulang ke rumah pada hari Selasa pagi. Manakala, aku harus menjemput adikku di Shah Alam. Pada hari Rabu baru ku pulang ke rumah tercinta.
Hari Khamis - Pulang ke kampung Paloh. Persiapan untuk juadah hari raya dilakukan bersama emak, mak cik dan adik ku. Aku dan adik menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi beriani. Manakala, emak ku sebagai ketua chef untuk memberi arahan dan memasak apa yang telah disediakan.
Hari Jumaat - Hari Raya Haji. Ku lihat nenek dalam kesedihan kerana teringatkan atok ku yang baru sahaja meninggal dunia beberapa minggu lalu. Aku juga dpt merasakan kehilangan atok apabila tiada la suara yang menyakat aku ketika sampai di rumah tersebut. Rumah atok sunyi sepi apabila tiada atok. Arwah atok selalu menceriakan keadaan di rumah itu. Semua masih terasa kehilangan atok di sisi. Kami sentiasa berdoa agar atok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...ameen...
Hari Sabtu - Kami sekeluarga bertolak ke Perak untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Aktiviti rewang dijalankan bersama-sama saudara-mara. Suasana meriah dapat dirasakan.
Hari Ahad - Majlis Sanding dijalankan. Pelbagai juadah disediakan. Maklumlah, ibu saudara ku seorang tukang masak. Beliau sanggup menyediakan sendiri semua juadah tersebut dengan bantuan saudara-mara dan rakan-rakannya. Syabas Mak Jah!
Hari Isnin- Sudah selamat berada di rumah tersayang....rindunya pada kampung halaman sendiri...ngee~
Hari~ hari berikutnya berjalan dengan lebih menyeronokkan kerana pelbagai aktiviti yang telah bermain di kotak fikiranku...berusahalah ! Semangat..semangat...saya ada semangat!