Jumaat, 30 Januari 2009

Dah lama tak tulis blog

  • Sepatutnya mmg aku nk tulis, tp tak berkesempatan sbb aku jatuh sakit hampir 2 minggu...tgh sakit2 tu rasa diri mcm byk buat dosa sbb sakitnya tak boleh nk bygkn. Aku bersyukur sbb Allah masih syg pd aku, sbb tu la aku sakit. (Hatiku berkata2 sebegitu...) (Penyakit juga adalah ujian Allah bertujuan menghapuskan dosa, memberi keinsafan, menguji kesabaran dan menaikkan darjah seseorang. Penyakit dan kesakitan ada kalanya memang tidak dapat dielakkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengalami kesakitan suatu malam dia bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, maka terkeluarlah dia daripada dosa seperti ketika dia dilahirkan ibunya." (Hadis riwayat al-Hakim) ) - berita harian seksyen Agama -"Insan beriman pastikan kesihatan jasmani, rohani seimbang"-30 Jan 2009. Artikel ni aku rase mmg berkaitan untuk tatapan aku, supaya sentiasa ingat....
  • Macam2 yg berlaku sepjg bulan Januari ni...hari yang aku tak akan lupakn... masa hari Jumaat 9 Jan 2009...alhamdulillah aku dpt keputusan yg tak dijangka2...peningkatan mendadak....syukur sgt2...masa tu rasa lapang dada...tp dlm pada tu aku tetap berfikir langkah seterusnya supaya prestasiku meningkat...berusahalah HUDA!
  • Tanggal 17 Januari 2009....merupakan tarikh lahir aku...aku da makin tua...hehehe...dlm kelas aku je yg lahir bulan 1...jd kwn2 panggil aku akak even ada je yg lebih tua drpd aku dlm kelas tu...sj pekena aku...hehehe...
  • Cuti raya cina, aku sibuk menyiapkan tugasan yg melambak2....aku kena siapkan juga seblm aku pergi praktikum bulan 3 nnti....Pembentangan semestinya di dahulukan sbb naik cuti nak tak nk kena bentang....semoge berjaya!
  • Sebelum aku akhiri penulisan blog aku utk akhir bulan ni, aku nk ucapkan terima kasih kpd keluarga, kwn2 dan yg sewaktu dgnnya kerana membantu aku utk hadapi hidup baru! saya sayang kamu semua! Semoga kita sama2 berjaya di dunia n akhirat...ameen...

Sabtu, 10 Januari 2009

"Kuasa Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah"

  1. Semlm, aku menghadiri forum Maal Hijrah yang bertajuk, "Kuasa Hijrah Perubahan Ummah".
  2. Banyak yang aku peroleh daripada forum tersebut antaranya ;
  • Hijrah kerana Allah dan perlukan ilmu.
  • Kesan hijrah : Penafian hak orang Islam pada zaman kini. Topik yg dikupas mengenai keadaan umat Islam di Palestin dan rejim Israel sebagai contoh. Umat Islam perlu saling membantu untuk berjaya. Kenapa hak umat Islam di Palestin dinafikan? Kerana umat Islam tidak mempunyai persaudaraan yang erat sesama Islam seperti di zaman Rasulullah iaitu kaum Muhajirin dan Ansar.
  • Persiapan diri untuk mencapai kecemerlangan ummah :
~ umat Islam perlu yakin dengan agama Islam. Jgn jadi org Islam yang mencari
jalan penyelesaian masalah selain daripada Islam dengan merujuk Al-Quran dan
sunnah Rasulullah SAW.
~ Jangan takut untuk menyampaikan kebenaran.
~ Umat Islam perlu ada kekuatan dari segi akidah, pengetahuan dan perpaduan
di kalangan umat Islam serta mempunyai strategi untuk menghadapi cabaran
dalam hidup. "Musuh Islam sentiasa menunggu kelekaan umat Islam".

3. Peranan wanita dalam menyediakan Generasi Al-Quran yang unggul - melahirkan
manusia yang bertakwa. Wanita Islam perlu menjadikan contoh-contoh wanita
di zaman Rasulullah SAW seperti isteri-isteri Rasululullah SAW, Asma Abu Bakar,
Asiah isteri Firaun dan sebagainya. Bagaimana pengorbanan mereka untuk
membantu penyebaran Islam dan menaikkan martabat wanita Islam.

4. Aplikasi hijrah dalam kehidupan :
~ Senario sekarang, agama Islam tidak dihayati oleh golongan muda.
~ Islam tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Apabila dipisahkan, maka
terjadi pelbagai masalah di kalangan umat Islam pada masa kini seperti
keruntuhan akhlak remaja di Malaysia.
~ Hijrah ketika di usia dewasa. Jangan berhijrah ketika di usia tua.
~ Kita perlu mempunyai ilmu dan pengorbanan dalam diri untuk berhijrah ke
arah kebaikan.

5. Antara kupasan yang aku perolehi daripada forum yang dikendalikan oleh 3 orang
panel Forum:
Kuasa Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah
Ahli panel terdiri daripada:
1) Ustaz Mohd. Abdul Rahim bin Abdul Rahman
(penolong pengarah BBT, KPM, Putrajaya)
2) Ustazah Pauziah binti Hj. Omar
(pensyarah JAPIM, IPTHO)
3) Kapten Muhd. Azizan bin Mohamed
(pegawai agama, Kem Sungai Udang, Melaka)

Di kesempatan ini, kepada umat Islam di muka bumi ini, marilah kita sama-sama mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin diberi kekuatan dan kemenangan untuk menentang rejim Israel....ameen...

Rabu, 31 Disember 2008

Tahun Baru 1430 H/2009

SALAM MAAL HIJRAH 1430 & SELAMAT TAHUN BARU 2009


SEMOGA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI MENDAPAT RAHMAT DAN KEBERKATAN DARIPADA ALLAH S.W.T DALAM MENCAPAI KEMENANGAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA MAHU PUN DI AKHIRAT KELAK... AMEEN...


UNTUK RENUNGAN BERSAMA :

"Setiap detik dari umurmu akan dicatat, maka laburkanlah umurmu untuk keredhaan Allah"
(Pedoman Hidup - "Be A Happiest Woman" - Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)

Sabtu, 27 Disember 2008

Aku Masuk TV?

Hahahaha...macam tak percaya! Apa yang tak percaya?
Aku masuk TV? Hahaha...kelakar je...
Tapi memang betul pun...=)
Hari ni lepas masak tengahari, aku lepak-lepak depan TV sambil tgk cerita ulangan "House". Masa iklan, aku pun buka la "Info" utk tgk cerita apa yg "best" hari ni.
Tup...tup... aku ternampak tajuk "Ole-Ole Chef Wan". Lantas aku terus membukanya tapi iklan juga...=(
Adik aku nak juga tgk "House" yg dah byk kali ulang...bosan! Tp aku buka juga...hehehe...
Bila iklan je aku terus buka TV9...
mmg betul la masa aku jumpa Chef Wan kat Pulau Pangkor, dia tgh buat pengambaran. Aku dan adik-adikku begitu teruja...hahahaha...utk lihat siapa yg keluar TV..kelakar je...
Tapi syg sbb rncgn tu mula pukul 12, aku buka dah nak habis pun.
Tapi tetap tak putus asa nak tgk juga...hahahaha...
Lepas je habis, terpapar gambar2 yg krew2 "Ole-Ole Chef Wan" ambil sepanjang di Pulau Pangkor.
Tetiba, adik aku menjerit. "Wei, tu kan ko!"
Aku pun jawab "A'ah la"...hahahhaha...
"Aku masuk TV?"hahahahha
Nanti aku dan adik2 aku nak tgk balik...hehehe..."excited" sekejap...hahahaha...

p/s :Kpd 1 kwn aku yang suka tgk rncgn ni pernah berkata kpdku..."Aku nak tgk la kot-kot ko masuk TV"...
...hehehehe...mmg masin la mulut ko!Arigato!

Jumaat, 26 Disember 2008

Sambungan Cerita "Hati"

Pagi itu merupakan hari paling penting buat Qis. Dia perlu menduduki peperiksaan akhir semester. Nasib tidak menyebelahinya kerana dia diserang demam panas. Qis gagahi jua dan pergi ke pusat peperiksaan tersebut. Setibanya di sana, seseorang telah memanggil namanya dari jauh. Dia tidak dapat melihat dengan jelas siapakah gerangan yang memanggilnya lalu terus masuk ke dalam dewan peperiksaan. Selesai sudah peperiksaan, Qis keluar dan belum sempat sampai ke tempat letak keretanya, dia jatuh pengsan. Apabila dia sedar, dia sudah berada di sebuah klinik dan ditemani oleh seseorang yang pernah dikenalinya. Tetapi oleh kerana demam panas sejak pagi tadi, Qis tidak dapat berfikir siapakah yang menemaninya ketika itu. Tiba- tiba, telefon bimbitnya berdering-dering. Rupa-rupanya dia hanya bermimpi.

"Isk, kacau la! Malam-malam buta ni siapa je yang call aku? Baru je nak mimpi indah", Qis mengomel sendiri lalu menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Siapa ni?" soal Qis.

" Waalaikumussalam. Cuba teka siapa?"pemanggil itu meninggalkan tanda tanya kepada Qis.

"Isk! Kalau tak mau cakap jangan la kacau malam-malam buta ni! Dah tak de kerja lain ke?", Qis menjawab dengan perasaan marah.

"Rilek la, nape nak marah-marah? Ok, saya tak nak kacau malam ni, tapi hari lain saya kacau lagi", jawab pemanggil misteri beserta gelak ketawa yang dibuat-buat.

Qis tergamam dan terus mematikan talian tersebut. Malam itu, Qis tidak dapat melelapkan matanya setelah menerima panggilan misteri. Otaknya ligat memikirkan siapakah pemanggil misteri tersebut.

" Kalau betul apa yang dia cakap tadi, macam mana? Masa ni lah aku rasa nak tukar nombor je. Tak pe, aku rasa dia takkan kacau lagi".Qis menenangkan hatinya yang gusar.


Dunia ini memang amat kecil, sekerdil makhluk yang mendiaminya. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap yang ada di atas bumi-Nya ini. Tidak pernah Qis menyangka pemergiannya ke majlis hari jadi teman baiknya, Damia adalah untuk memberinya peluang bertemu dengan seseorang yang amat dia rindui dan sayangi. Wajah itu amat dikenali tetapi sayangnya si dia tidak mengenali diri Qis kini. Dari kejauhan Qis menatap wajahnya. Oleh kerana tiada kepastian sama ada wajah yang dikenalinya itu adalah milik insan yang diminatinya, Qis hanya memendamkan hasrat hati untuk terus menaruh harapan yang tinggi. Setibanya di rumah, otak Qis ligat memikirkan apa yang disaksikan semasa majlis hari jadi tadi.

"Betul ke apa yang aku tengok tadi?Ke aku berkhayal je? Tapi dia tak banyak berubah",kata Qis di dalam hati.

Dia mengabaikan persoalan yang bermain dibenaknya lalu pergi mempersiapkan diri untuk tidur. Belum setengah jam Qis mahu melelapkan mata, telefonnya berdering. Qis hanya mengabaikan tetapi terpaksa akur apabila deringan itu tidak putus-putus. Di dalam hatinya merasakan kemungkinan itu adalah panggilan penting lalu terus mencapai telefon tersebut.

"Assalamualaikum", Qis jawab dengan tenang.

"Waalaikumussalam. Tak tidur lagi?" pemanggil terus menyoal.

"Maaf, siapa ni?" Qis membalas.

"Isk, takkan tak ingat kat saya? Kan saya dah pernah beritahu yang saya akan kacau awak pada hari lain..hahahaha...",pemanggil menjawab dan terus ketawa.

Qis terus mematikan telefon bimbitnya.

" Memang gila agaknya orang tu! Aku ingat siapa la tadi. Tu lah tak tengok dulu nombor siapa terus je angkat",Qis menyalahkan dirinya.

Keesokkan harinya apabila Qis menghidupkan kembali telefon bimbitnya, dia dapati banyak panggilan masuk dan nombor yang sama.

"Memang tak de kerja lain budak ni! Takpe ingat aku tak boleh tukar nombor ke? Lepas ni jangan mimpi nak kacau-kacau aku", Qis tersenyum puas.

akan bersambung...

Khamis, 25 Disember 2008

HIV dan Aids

"Syikin!jom main pondok-pondok nak?" tanya Nurul.

"Jom!"Syikin jawab.

Apa kaitan dialog ni dgn tajuk cerita aku hari ni?

Mestilah ada kaitannya. Kalau tak, aku pun malas nak tulis...hehehe...

Di mana la Syikin skrg ni...Lama dah tak jumpa...hampir 15 tahun. Tahun depan da masuk 16 tahun kami tak berjumpa...

Kali pertama aku jumpa Syikin di sebuah tadika Kemas. Masa tu, umur kami baru 5 tahun. Apa je yg bdk2 seusia kami tahu pasal HIV dan Aids? Tahun 90-an tak byk pun pendedahan mengenai penyakit ni.

Kanak-kanak sebaya kami hanya tahu bermain. Melalui bermain, kami belajar. Tapi Syikin ni berbeza. Dia selalu kelihatan letih dan tak bermaya. Rakan-rakan suka ejek dan pulaukan Syikin. Syikin lebih gemar menyendiri dan bersikap pasif di dalam kelas. Dia juga kerap kali tidak hadir ke tadika. Ketika itu, aku masih belum mengenalinya.

Suatu hari, aku ternampak cikgu bertanyakan sesuatu kepada Syikin. Aku lihat mukanya merah dan lebam-lebam serta hidungnya berair. Ketika itu, aku berasa kasihan dan simpati melihat keadaan dirinya.

Oleh kerana ibuku bekerja, aku akan pulang ke rumah atok Jaga ku yang terletak berhampiran dengan tadika. Aku akan pulang bersama-sama cikgu dengan menaiki motosikalnya sekiranya ibuku tidak dapat mengambilku. Setelah aku mengenali Syikin, aku pulang bersamanya kerana Syikin tinggal bersebelahan dengan rumah atok Jaga ku.

Tidak banyak perkara yang aku ingat mengenainya. Aku hanya masih mengingati beberapa aktiviti yang kami lakukan bersama dan peristiwa yang berlaku terhadapnya.

Kawasan tempat tinggal Syikin merupakan sebuah kampung. Aku sering mengajaknya bermain bersamaku di rumah atok Jaga sementara menunggu ibuku pulang dari kerja. Apabila Syikin menjejakkan kaki ke rumah atok Jaga ku, atok Jaga ku akan memarahiku dan menyuruhku membawanya keluar. Ketika itu, aku masih tidak mengerti maksud atok ku itu. Kadang kala apabila cuaca terik di luar,aku akan membawanya masuk ke dalam rumah tetapi aku akan memastikan atok ku sibuk memasak di dapur...(bila fikirkan kembali, aku memang degil dan nakal...hehehehe).

Macam-macam permainan yang kami kongsi bersama. Satu hari, semasa ulang tahun hari jadinya yang ke -6, Syikin menjemputku ke rumahnya buat pertama kali. Dia memperkenalkan aku kepada ibu dan dua orang adiknya. Dia memastikan ayahnya tiada di rumah ketika itu. Ibunya bekerja di kilang Batik yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Sewaktu meniupkan lilin, riak wajahnya amat ceria dan tidak pernah aku lihatnya sebegitu ceria sebelum ini.

Akhirnya, aku mengetahui punca sebenar mengapa dia selalu kelihatan sedih dan letih. Dia sering dipukul oleh ayahnya. Ayahnya seorang penagih dadah. Kasihan aku melihat Syikin. Badannya kelihatan susut dan lemah. Dia bukan saja dipulau oleh rakan-rakan tetapi oleh neneknya sendiri. Apakah salah Syikin? Aku hanya mampu mengembirakan hatinya dengan mengajaknya bermain denganku.

Setelah kami memasuki sekolah rendah, kami tidak lagi bersua. Kami mempunyai haluan masing-masing. Aku tetap pergi ke rumah atok Jaga ku dan sering kali mencarinya tetapi dia sekeluarga telah berpindah. Rumah kecilnya dan kawasan tempat kami bermain hanya tinggal kenangan.

Setiap kali aku mendengar atau membaca mengenai HIV dan Aids, aku pasti akan mengingati Syikin. Aku amat bersyukur kerana ibu bapaku tidak pernah menganggap Syikin itu jijik atau sebagainya. Syikin ada hati dan perasaan juga. Hanya latar belakang keluarga dan penyakitnya itu membuatkan manusia di sekelilingnya begitu stereotaip dan memandang dirinya seolah-olah begitu hina. Apakah salah anak kecil yang bernama Syikin ini? Aku sering mengingatkan diriku... "Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini".

Di manakah Syikin sekarang? Adakah dia masih hidup atau sebaliknya? Aku tahu dia tidak mahu dirinya diserang oleh penyakit itu. Itu takdir hidupnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aku mendoakan semoga Syikin dan keluarga sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah serta Syikin tabah menghadapi ujian dan dugaan yang Allah berikan kepadanya.

HIV dan Aids itu membunuh!








Rabu, 17 Disember 2008

Pengenalan cerita rekaanku...

Hari ini, aku nak tulis sebuah cerita. Cerita ini dah lama aku tulis tapi tak habis-habis...hehehe...Tapi cerita ni tak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah tiada lagi di dunia yang fana ini. Hanya rekaan semata-mata.. :)

"HATI"


Tidak pernah Qis rasakan perasaan sebegini setelah kali pertama dia terpandang seseorang yang berpakaian begitu kemas dan melemparkan senyuman yang manis ke arahnya. Senyuman itu boleh membuatkan hati Qis berdegup laju. Fitrah manusia menyukai dan jatuh hati kepada berlawanan jantina. Allah itu Maha Berkuasa, semua yang diciptakan-Nya indah dan mempesonakan. Qis tidak terkecuali untuk merasai perasaan sedemikian.Tetapi itu semua hanya tuhan dan dirinya sahaja yang tahu. Tiada siapa yang tahu dia telah "jatuh hati" kepadanya. Setiap kali si dia melintasi di hadapannya, Qis kaget dan tidak mampu untuk bertentangan mata dengannya. Qis hanya berani memandangnya dari jauh. Oleh kerana Qis ingin sentiasa berada di hadapan, dia lupakan seketika perasaan itu. Hari demi hari Qis lalui tanpa melayani perasaan itu. Qis pernah terbaca satu kata-kata hikmah yang menyebut, "Jika dia diciptakan untukmu dia akan kembali kepadamu tetapi jika dia tidak pernah kembali anggaplah dia bukan untukmu". Qis meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Cerita akan bersambung....