Ahad, 21 Jun 2009

Cuti Sudah Habis...

  • Pejam celik, pejam celik...dah hari ahad...ari ni kena balik Melaka....rindu kat rumah pun belum habis lagi...hehehe...
  • Naik cuti byk perkara yang perlu diselesaikan....terutama PRAKTIKUM! Wahhhh.... 2 bulan... sekolah lain pula...pengalaman pun berbeza...harap dpt hadapinya dengan sabar...huhu...
  • Dg & Kak Bai beritahu, cikgu yg mengajar tu mmg guru cemerlang. Harap dapat ceduk ilmu & tukar2 idea dgn akak tu nanti...hehehe...
  • Yang paling penting, hari ni aku kena bw balik durian n manggis yg br aku kutip pagi td...hehehe...nk bagi satu compartment makan...kenduri ramai2...hehehe...
  • Cuti dah habis....hidup mesti diteruskan...hehehe...berusahalah! Tinggal 1 stgh thn je lagi...bersabarlah. Lepas ni msti rindu sgt2 pd Asrama yg tercinta.... =)

Sabtu, 20 Jun 2009

Durian dan Manggis



Sebut saja "DURIAN" pastinya membuatkan ku teruja! Bukan sahaja diriku malahan ramai lagi yang akan tertarik apabila diajukan mengenai "DURIAN". Adakah anda juga menggemarinya? Musim durian sudah tiba! Aku berpeluang utk merasainya pada saat-saat akhir sebelum aku pulang ke asrama pada esok hari.
Alhamdulillah pada tahun ini, kebanyakan pokok durian di kebun belakang rumah ku berbuah lebat. Jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya agak kurang berbuah. Selama 2 minggu tiada siapa yang mengutip durian-durian yang berguguran. Oleh itu, buah2 tersebut disedekahkan kepada binatang2 yang datang ke kebun tersebut....hehehe...
Di samping durian, terdapat juga pokok manggis yang berbuah lebat. Tak lupa juga pokok cempedak yang sedang mengeluarkan hasil dan menunggunya utk betul2 masak sebelum dipetik.
Sepertimana yang aku ketahui melalui pembacaan, kebiasaannya musim durian dan manggis berlaku serentak. Ini kerana durian dianggap makanan yang memanaskan badan oleh itu, buah manggis dapat menjadi penyejuk badan. MasyaAllah, Maha Hebat Allah mencipta tumbuhan yang mempunyai peranan masing-masing. Aku sempat mencari nama-nama saintifik dan beberapa kandungan zat makanan dalam tumbuhan yang selama ini aku makan tapi tak pernah tahu seberapa lanjut mengenainya...hehehe...

Nama Saintifik Durian : Durio Zibethinus Murr
Nama Saintifik Manggis : Garcinia Mangostana

Nama Saintifik Cempedak : Artocarpus Champeden Spreng
Kandungan zat makanan dalam setiap buah-buahan ini boleh dilihat melalui laman web seperti Jabatan Pertanian Negeri :
http://jpn.penang.gov.my/menu/teknologi_tanaman/buah-buahan.htm
p/s : Kawan2 jemput dtg rumah. Boleh makan durian, manggis n cempedak.... =)



Ahad, 7 Jun 2009

Pulau Jerejak











  • Percutian yang tidak dirancang. Walaupun sebenarnya aku baru shj pulang daripada percutian bersama rakan-rakan, aku seakan beruntung kerana ada satu lagi peluang utk bercuti secara percuma...hehehe....alhamdulillah...rezeki yang tak disangka-sangka.
  • Percutian kali kedua ini pula ke sebuah pulau tinggalan yg ada sejarah disebaliknya. Agak menyeramkan apabila aku mengetahui sedikit sebyk sejarah di sebalik pulau ini. Akan tetapi apabila menjejakkan kaki ke tempat ini sendiri aku telah mendapat gmbrn sebenar.
  • Pulau tersebut adalah bekas tinggalan penjara dan pusat rawatan kusta. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Jerejak
  • Kini telah dijadikan tempat peranginan yang menarik iaitu Jerejak Resort & Spa.http://www.pinganchorage.com.my/malaysia_hotel/penang_jerejak_resort_spa.htm
  • Aku ke sana di atas jemputan abang ipar dan kakak ku untuk menemani mereka dan anak-anak ke sana...hehehe...(Jadi pembantu)
  • Hari terakhir aku di sana, aku telah menjelajahi kawasan tinggalan. Oleh kerana aku pergi seorang diri, aku telah memikirkan risiko utk meneruskan perjalanan ku ke tempat seterusnya iaitu penjara.
  • Sungguh menarik dan agak menyeramkan kerana sekitar kawasan tersebut sememangnya hutan tebal.
  • Aku perlu meniti sebuah jambatan gantung yang agak tinggi. Aku terpaksa membuang penyakit "Gayat" ku jauh2 kerana aku teringin melihat kawasan tersebut. Alhamdulillah, aku dpt melintasinya tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini.
  • Percutian kali kedua ini lebih menarik sekiranya aku ditemani oleh adik-beradikku atau rakan-rakanku kerana boleh berkongsi pengalaman bersama.

Ahad, 24 Mei 2009

Mutiara Kata...

Mutiara Kata

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Sabtu, 16 Mei 2009

Untukmu Wahai Wanita....

PEDOMAN HIDUP

(Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia – Be A Happiest Woman)

Dr.`Aidh Abdullah Al-Qarni

“Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau”

Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru, jangan sekali-kali mengaku kalah dengannya.

Beralih dari yang buruk kepada yang baik merupakan satu perjuangan panjang dan sukar, namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

“Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan kesenangan dari setiap kesedihan dan jalan keluar dari setiap kegelisahan”.

Renunglah semula masa lalu dan masa depan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang.

Setiap detik dari umurmu akan dicatat, maka laburkanlah umurmu untuk keredhaan Allah.

Sebenarnya kebahagiaan itu ada di dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali di dalam dirimu juga.

Kegagalan adalah musuh yang paling berbahaya, kerana ia boleh meleburkan ketenangan dan mengundang kesengsaraan.

Redhalah menghadapi kenyataan yang tidak boleh dielakkan kerana anda akan terus menghadapi masalah yang tidak mampu anda ubah. Yang boleh anda lakukan ialah menghadapinya dengan sabar dan iman.

Jika anda mampu menguasai fikiran anda, maka hidup anda akan bahagia.

Percaya kepada diri sendiri sangat besar pengaruhnya untuk mengisi hidup dengan kebaikan dan kedamaian.

Kemenangan itu ada dalam kesabaran.

Tidak perlu menangis kerana sesuatu yang telah berlalu. Jangan biarkan air matamu menitis kerana sesuatu yang sia-sia. Segala sesuatu yang sudah luput dan berlaku tidak mungkin dikembalikan semula.

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenteram”.

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru !

ESOK 16 MEI, APAKAH PERISTIWA PENTING?

HARI ISTIMEWA UTK RAIKAN WARGA GURU.

SELAMAT HARI GURU !


Pagi tadi aku telah mendapat satu mesej ucapan "Slmt Hari Guru" drpd seorang rakan lama. Walaupun aku masih belum mempunyai pengikhtirafan dalam perguruan, ucapan tersebut memberikan aku semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan dalam arena pendidikan ini. Masih byk cabaran dan dugaan yg perlu aku tempuhi untuk mencapai dan merasai nikmat kepuasan seorang guru...

Sebagai pelajar, saya tidak melupakan jasa semua guru yang telah mendidik dan membimbing saya untuk menjadi insan yang berguna di dunia & akhirat.

Guru pertama yang ingin saya ucapan jutaan terima kasih atas segala-galanya yang telah beliau lakukan untuk melihatku berjaya dalam apa jua yang aku lakukan. Beliau yang aku maksudkan ialah EMAK ku. Kerana mak la guru yang pertama aku kenali. Aku sayang Mak! Selamat Hari Guru buat mak yang ku sayang!

Tidak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajar dan membimbing saya sejak dari sekolah rendah sehingga sekarang. Jasa guru amatlah besar buat diriku yang kini bergelar bakal guru.

Semoga semua guru ku sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah di atas pekerjaan mereka yang mulia di sisi-Nya. Allah saja yang dapat membalasnya. InsyaAllah....

Sekali lagi ku ingin ucapankan.....

SELAMAT HARI GURU.....


Khamis, 14 Mei 2009

Syukur Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah, smlm dpt satu berita gembira. Agak mengejutkan dan sukar untuk dipercaya. Semester ini, aku dan adda mendapat calon cemerlang praktikum. Alhamdulillah. Mungkin rezeki yang tak disangka-sangka. Walaupun padaku ramai lagi rakanku yang ku rasakan lebih baik prestasi mereka daripadaku. Syukur alhamdulillah sekali lagi ku ucapkan kepada Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jadi aku & adda kena berusaha lebih gigih. Jutaan terima kasih kepada Puan Masura, Kak Zura dan semua pihak yang telah membantu kami sepanjang sesi praktikum pertama.

D+U+I+T = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal

Teruskan berjuang!