Selasa, 21 Disember 2010

Melukis @ menconteng ???

Kalau aku "flash back" waktu kecik2 dulu aku mmg "sedikit" nakal...hehehe...ada satu perkara yang aku xleh lupa sampi la ni...iaitu "MELUKIS"...mmg jd "Gila" sebentar bila dpt kertas@buku...habis aku kerjakan lukis ntah apa2...tu masa di rumah...abis semua kertas dan dinding aku kerjakan untuk meng"ekspresi"kn bakat yang terpendam...woooo...mmg sgt SERONOK !...bkn aku je yg conteng dinding2 rumah, bahkan abg2 n akak2 serta adik2 turut menyertainya...nama pun bdk2 KECIK...hehehe...aku nampak bakat yg sm terserlah pd anak buah aku iaitu nuha a.k.a u-ah...mmg sgt berbakat dlm conteng menconteng dinding2 rumah ibu bapanya dan xketinggalan dinding rumah atok dan neneknya...sgt berbakat...aku mengagumi bakat terpendam itu...hehehe...

Berbalik pada cete aku td, bila umur aku genap 5thn, mak pun hantar pi sekolah tadika KEMAS. Aku suka cikgu Tosmirah sbb dia akan pastikan aku buat perkara yang aku suka nak buat...hehehe...tiap2 hari aku nak "MELUKIS" abis kertas lukisan aku kerjakan. Bila tulis huruf, aku nak juga ada secebis contengan yang aku rasakan ianya adalah lukisan yang amat cantik...cikgu amat memahami jiwa aku yang gemar melukis...Satu hari,ms tu umur aku 6thn, cikgu cakap kat aku supaya berlatih mewarna gambar dengan baik, tiap2 hari aku dok latih.Latih punya latih smpi la hari pertandingan. Malangnya, aku diserang demam panas...xdpt la aku sertai...aku rasa sedih+ kecewa sbb xdpt nk tunjukkan bakat aku yg sebenar...walau bagaimanapun, aku nak ucapkan terima kasih kpd cikgu Tosmirah sbb dia tahu dan ingin amik tahu keinginan dan bakat aku...

Tak kisah la kalau ada budak2 kecik yang suka menconteng dan melukis, sebenarnya apa yang mereka conteng dan lukis tu ada mksd disebalik contengan dan lukisan itu. Mungkin mereka ingin meluahkan sesuatu, mungkin melahirkan idea baru dan kreatif atau pun apa jua yang mereka inginkan. Semuanya hanya dilahirkan melalui lukisan@contengan. Seronoknya kalau dpt jadi budak2 lagi...pengalaman yang menyeronokkan adalah ketika zaman kanak-kanak...

Khamis, 30 September 2010

Aku sEdih ...T_T

Bila marah aku tulis kat sini, bila sedih pun aku tulis juga...bila aku tulis, aku dpt luahkan apa yg aku rasa. Walaupun tak berapa membantu tetapi aku ambil inisiatif utk kurangkan bebanan perasaan yg aku alami...Hari ini aku rasa sedih. Kenapa aku sedih?? Indahnya ciptaan Tuhan jadikan manusia dengan pelbagai perasaan. Aku bersyukur kerana aku ada perasaan tersebut. Mksdnya aku manusia NORMAL....hehehe....Berbalik kpd persoalan td, kenapa aku sedih?? Mula2 rasa relaks sgt, bila tiba giliran aku, rasa berdebar tu menjadi-jadi dan sukar dikawal dgn baik. Bila agaknya aku dpt ubah habit cmni?? Mmg amat menyusahkan diri aku sbbnya otak aku seolah2 seperti "kOtak kOsong"...mulalah meraba-raba mencari bahan yg boleh membantu...mulalah tidak keruan, duduk xsenang, berdiri serba salah, bergerak sana sini..apalah nk jadi??? Aku MESTI buang habit ni JAUH2...soh2x...pergi kau dr sisiku...aku xMahu ko dampingi aku lagi...kesian kat aku selalu rasa sedih sbb "dEbar" yg melampau..wahai otak, ikatlah "dEbOr" tu kuat2, jgn bg dia lepas, nnti dia kacau "yaKin" & "sEmanGat"...kesian depa....hehe...(Bila aku sedih, aku suka buat cerita mengarut)...hehehe...selamat tinggal sedih....saya nak cari gembira....sedih tidur dulu ye?? jgn nakal2...duduk rumah diam2 je...nanti saya datang lg...tata....

Rabu, 8 September 2010

Aku marah!

Aku xprnh rs marah tahap ni....tp hari ni, kesabaran ku mmg diuji....mungkin sbb aku jenis yg suka pendam apa yang aku rasa....tp td lepas balik terawih, kemarahanku menjadi2...mungkin bagi yang xtahu cerita disebaliknya akan fikir aku ni "panas baran","bukan penyabar" atau apa2 yang sewaktu dengannya....Aku tak kisah la apa yang orang lain nak fikir...tp aku mmg marah sangat bila orang yang sewaktu mula2 kenal dia tunjuk "baik", sopan, alim, dan sebagainya...lps tu bila dah betul2 kenal, dia buat aniaya kat aku...walaupun bkn bentuk fizikal tp mental, emosi, perasaan dan sewaktu dengannya...mula2 mmg aku maafkan sbb aku fikir mungkin dia xberniat nak buat aku mcm tu. Tp bukan sekali, dah beberapa kali perkara yang sama berlaku. Kalau xberkait dgn kawan2 aku takpe la juga tp kwn2 aku yg lain pun dikaitkn sekali....aku mmg marah...apa punya kawan la perangai macam ni....cukuplah aku je yang rasa tak payah nak libatkan kwn2 yang lain...aku ingat dah lama menyepi dia akan berubah, tup2x, muncul tahu pula nak cari aku yg "konon" dianggap kawan. Perangai masih tak berubah...sama seperti dulu....suka ambil kesempatan utk kepentingan diri dia sendiri....sampailah aku pernah berfikir kenapalah dia xpupus je...(Jahatnya aku)...tp tu hanya fikiran tak rasional...bila aku fikir2kn kembali, xrugi aku maafkan dia....aku marah malam ni je...jap2 lagi oklah...xsuka nk marah lama2 wat penat otak aku dok fikir masalah org lain....

***Kpd kawan yang mmg aku anggap kawan (tp xtau la dia anggap aku apa), aku sentiasa doakan kamu berubah menjadi lebih baik...aku doakan kamu bahagia dan berjaya di dunia & akhirat...walaupun kamu pernah sakiti hati ini, aku tetap doakan yang terbaik untuk kamu...

###Ya Allah, Engkau ampunilah dosa2 ku kerana mempunyai perasaan "marah" ini terhadap saudara sesama Islam...Engkau berikanlah kasih sayangMu agar aku menyayanginya seperti aku menyayangi ahli keluargaku...ameen...

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka !

Tanggal 31, bulan 8, 57
hari yang mulia, hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka....

Hari ni Malaysiaku tercinta dah semakin tua...sudah 53 tahun negaraku merdeka... Dalam ms 53 tahun tu mcm2 la yang dah berlaku.... aku rasa tahun ni merupakan tahun yg agak "menakutkan" sepanjang aku hidup kat dunia ni.... mana x nya, dr awal tahun dgr berita macam2...kat situ je dah boleh fikirkan balik, adakah jiwa dan pemikiran rakyat Malaysia ni sudah merdeka??? Atau dengan erti kata lain, apa yang kita faham tentang merdeka tu sendiri.... kata seorang ustaz dalam artikel yang dia tulis, apa2 yang kita nak nilai jangan tuding2 jari kat orang lain, kerana akan balik semula kat diri kita. Jadi, apa yang aku nak tulis kat sini hanya untuk renungan dan muhasabah diri aku sendiri...

Selama 23 tahun aku hidup di Malaysia ini, aku rasakan SANGAT beruntung kerana sentiasa berada dalam keadaan SELESA.... Tapi bila aku dengar berita tentang saudara seagama dgnku di Palestin terutamanya, dalam hatiku terdetik, "Bagaimana aku nak hadapi? Kuat ke semangat aku seperti mereka??? Aku kagum dengan semangat rakyat Palestin... yang boleh aku lakukan adalah berdoa utk KEMERDEKAAN mereka drpd cengkaman rejim Zionis...."Ya Allah, aku hamba yang hina ini memohon agar Engkau berikan kekuatan, ketabahan, bersatu hati dan semangat juang yang tinggi kepada rakyat Palestin untuk menghadapi musuh laknatullah(rejim Zionis dan sekutunya) serta Engkau satukan hati2 seluruh umat Islam agar bersatu untuk membantu rakyat Palestin bangkit untuk menghapuskan musuh-musuh Islam....ameen Ya Rabbal alamin....

Merdeka itu sangat bererti bagi setiap insan yang memahami maksud disebalik "merdeka". Aku bersyukur kerana dilahirkan ketika zaman kemerdekaan negara telah dicapai. Walaupun tidak dilahirkan ketika zaman penjajahan, aku dapat rasakan sedikit sebanyak penjajahan dalam bentuk pemikiran, cara hidup dan sebagainya. Semasa aku di sekolah rendah, aku sangat meminati subjek Kajian Tempatan. Aku mahu berterima kasih kepada guru kajian tempatan ku yang berjaya menarik minat aku dalam sesi P&P. Aku masih ingat lagi nama guruku, Puan Sarojini, walaupun beliau bukan sebangsa dan seagama denganku, tetapi beliau mengajar aku dan rakan2 dengan penuh ikhlas. Dalam subjek kajian tempatan hanya mengupas serba sedikit mengenai Malaysia. Ketika aku di tingkatan 1-3, Cik Ruhimah yang garang dan amat tegas dalam mendidik aku dan rakan2, telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada diriku untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang cinta dan sayangkan negara. Bermula daripada peristiwa aku di soal bertubi-tubi mengenai info terkini yang terdapat dalam akhbar harian dan perlu dikaitkan dengan apa yang aku telah pelajari di kelas, membuatkan aku sentiasa bersedia sebelum memasuki kelas beliau. Terima kasih cikgu. Jasamu akan ku kenang sampai akhir hayatku...

Aku sangat marah jika ada rakan2 ku yang mengatakan mereka membenci subjek Sejarah... sejarah itu penting untuk diingati kerana sejarah mungkin berulang. Macam dalam hidup kita, kalau kita pernah gagal dalam hidup, takkan kita nak ulangi sejarah itu??? Mesti kita ambil langkah progresif untuk berubah dan sememangnya manusia inginkan kejayaan dalam hidupnya. Cukuplah aku nak tulis setakat ini, walaupun masih banyak lagi yang aku nak cerita. Aku simpan dulu...

Kenanglah jasa-jasa pejuang negara....terima kasih di atas jasa kalian....al- fatihah utk semua...

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan guru2 ku yang telah menanam dan mendidik jiwaku untuk menjadi seorang warganegara yang sayang dan cintakan negara Malaysia dan kemerdekaan yang telah dikecapi bersama.... rakyat Malaysia boleh !


Isnin, 30 Ogos 2010

Mungkin @ tidak ???

  • Mungkin atau tidak aku akan diterbangkan jauh ke sana???
  • 95% satu angka yang banyak! Aku rs mungkin ke sana....tp...
  • Mak dah pesan awal2...."Huda dok je sini, semua ada. Tak payah nak fikir dah."
  • Kalau ikutkan hati, mmg aku nak juga merantau jauh. Tapi kdg kala perlu memikirkan orang di sekeliling aku.
  • Tinggal lagi beberapa bulan. Esok lusa tgk dah tiba ke penghujung bulan 12....Cepat sungguh masa berlalu....sejam rs mcm 10min je...(nak diumpamakan je)....hehehe
  • Walau bagaimana pun, aku akan tetap berdoa agar mendapat tempat yang boleh aku timba banyak ilmu dan pengalaman. Tak kisah la dapat mana pun, asalkan aku boleh sesuaikan diri dengan keadaan di sana nanti.
  • Buat mak, kalau huda tetap dapat tempat yang jauh, mak doakanlah huda dipermudahkan urusan. Kalau huda dapat dekat pun alhamdulillah, boleh balik selalu & temankan mak.
  • Buat buah hatiku, jgn sedih2 kalau sy dpt sana, doakan sy berjaya jd seorang guru yang berdedikasi....=)

Sabtu, 28 Ogos 2010

Apa dah jadi ???

Takut bila dgr & baca berita skrg ni....mcm2 dah jadi...bila habis baca je...tetiba otakku ligat berfikir...cmne la nnti cabaran aku nk didik anak bangsa sendiri...dlm hati terdetik "mampu tak aku nak pikul tanggungjawab ni?"..tp otakku rasional kn balik...tuhan akan beri ujian kpd hamba2Nya mengikut tahap kemampuan mereka. Jadi kalau aku dah berada dlm arena pendidikan ni, aku perlulah kuatkan semangat utk cabaran yg bakal aku tempuhi beberapa bulan lagi....

Kebetulan, subjek semester ni mmg ada kaitan ttg cabaran guru. Mmg sgt berguna untuk aku dan kwn2 membicarakan mslh dan cr atasi sesuatu mslh dlm kelas. MKI sgt membantu bagi menyuntik semangat untuk menjadi seorang pendidik dlm diri kami.

Aku msh lagi berfikir tentang gejala sosial yg berleluasa kini. Apa dah jadi??? Pada pndgn aku, banyak kes telah disiarkan, tp mcm mana yg masih belum disiarkan?mungkin lagi ramai drpd yg kita sangkakn....takutnya bila fikirkan mslh ini. Orang kata kita takkan tahu selagi kita tak hadapi secara realiti. Minta dijauhkan. Tapi aku mungkin akan menghadapi kanak-kanak yang menghadapi mslh2 ni...

Kajian tindakan aku pun ada sangkut paut ngn mslh sosial...sebagai pengenalan je....tp melalui kajian ini mungkin aku leh teruskan untuk mengenal pasti mslh lain berkaitan dengan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak pula. Akan aku fikirkan....

Berbalik pd persoalan td, aku berpendapat, peranan ibu bapa itu sgt penting. Pendidikan untuk anak2 itu bermula drpd sebelum ianya terbentuk menjadi benih. Mksdnya sebelum seorang wanita dan lelaki itu berkahwin sehingga anak itu lahir. Anak2 ini ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorak di atas kain itu. Islam itu indah...Semua yang Allah suruh itu sgt bermanfaat kepada manusia, yang Dia larang itu mmg sgt merugikan manusia....

Masing2 ada pendapat sendiri. Pengajaran yang aku dpt drpd apa yang berlaku pd hari ini ialah nafsu xleh dijadikan kawan. Kita mesti lawan nafsu tu...Kalau kita berjaya kawal nafsu, insyaAllah xakan buat mslh2 sosial. Tp nk kawal nafsu ni perlukan ilmu dan amal....Nasihat Imam al-Ghazali : ILMU tanpa AMAL adalah GILA, AMAL tanpa ILMU adalah sia-sia.


Jumaat, 20 Ogos 2010

MQA...(**,)

MQA...MQA...MQA...

mereka akan menyerang IPG KPM...

wahai rakan-rakanku bersedialah untuk menghadapi serangan berbentuk soalan-soalan yang mungkin kita tak jangka...

marilah kita berusaha bersama-sama bg mendpt pengikhtiran PISMP...

semoga di bulan Ramadhan ini, semua doa kita dimakbulkan Tuhan....ameen...