Jumaat, 4 Disember 2009

Cerita Menarik Utk Dikongsi Bersama.


"APABILA HAIWAN MENJADI GURU"

Pertama kali ku melihat buku ini di rak sebuah kedai buku, aku terus menerpa untuk mendapatkannya. aku belek2 sehingga aku nekad untuk membelinya. Kemungkinan dari jauh aku sudah tertarik dgn tajuknya. Buku tersebut mmg menepati ciri2 yg ingin disampaikn oleh penulisnya iaitu motivasi, agama dan santai. Isi kandungannya membuatkan aku terfikir mengenai tarikan yang boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak di prasekolah. Sememangnya kanak-kanak gemar kepada binatang. Aku tidak perlu melihatnya dari jauh kerana anak-anak buahku kerap kali mengajak ibu bapa mereka untuk membuat lawatan seharian di Zoo. Aku juga amat tertarik dengan pelbagai cara anak-anak buahku belajar melalui apa yang mereka lihat di Zoo. Pengaruh yang amat kuat kepada mereka dalam proses mengenali makhluk2 ciptaan Allah.

Secara tidak langsung, aku terfikir mengenai kajianku yang boleh mengaplikasikan penceritaan mengenai haiwan dalam ujian kajianku nanti. Terima kasih kepada Tuhan kerana memberiku ilham dan tidak dilupakan juga kepada penulis buku ini. Jalan cerita yang mudah difahami dan sesuai untuk semua lapisan umur.




Isnin, 30 November 2009

Cuti- cuti Malaysia

Mula shj cuti sekolah, byk perkara yg telah dirancang untuk memanfaatkan setiap detik sepanjang cuti sekolah yang aku rasakan begitu singkat...hehehe... Walau bagaimana pun, perancangan tetap diteruskan. Aku pulang ke rumah pada petang hari Jumaat (20/11/09) untuk bersiap sedia sebelum meneruskan misi ku bersama kwn2. Pada hari Sabtu (21/11/09) berangkat ke rumah Wana, selaku tuan rumah dan ketua dalam misi kami. Tiba hari Ahad (22/11/09), kami memulakan misi pertama. Destinasi pertama ke UKM gagal kerana ada sedikit perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi semua itu tidak mematahkan semangat kami utk meneruskan misi ini. Kami ke UM pula, alhamdulillah urusan di sana lebih mudah dan cepat. Kami menghabiskan masa selama beberapa jam untuk mencari bahan. Setelah tamat sesi di UM, kami menghabiskan masa bersama di Sunway Piramid. Susah untuk kami berkumpul beramai2 seperti waktu ini. Keesokkan pagi, kami menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan lebih byk bahan. Alhamdulillah, kami dipermudahkan dan bahan yang dicari banyak membantu. Agak lama juga kami menelaah di sana dengan keadaan yang sejuk dan rasa hampir membeku...hehehe...

Misi tamat ! Tapi kami merasakan kami akan ke Putrajaya kembali untuk menokok nambah apa yg perlu. Masing-masing pulang ke rumah pada hari Selasa pagi. Manakala, aku harus menjemput adikku di Shah Alam. Pada hari Rabu baru ku pulang ke rumah tercinta.

Hari Khamis - Pulang ke kampung Paloh. Persiapan untuk juadah hari raya dilakukan bersama emak, mak cik dan adik ku. Aku dan adik menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi beriani. Manakala, emak ku sebagai ketua chef untuk memberi arahan dan memasak apa yang telah disediakan.

Hari Jumaat - Hari Raya Haji. Ku lihat nenek dalam kesedihan kerana teringatkan atok ku yang baru sahaja meninggal dunia beberapa minggu lalu. Aku juga dpt merasakan kehilangan atok apabila tiada la suara yang menyakat aku ketika sampai di rumah tersebut. Rumah atok sunyi sepi apabila tiada atok. Arwah atok selalu menceriakan keadaan di rumah itu. Semua masih terasa kehilangan atok di sisi. Kami sentiasa berdoa agar atok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...ameen...

Hari Sabtu - Kami sekeluarga bertolak ke Perak untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Aktiviti rewang dijalankan bersama-sama saudara-mara. Suasana meriah dapat dirasakan.

Hari Ahad - Majlis Sanding dijalankan. Pelbagai juadah disediakan. Maklumlah, ibu saudara ku seorang tukang masak. Beliau sanggup menyediakan sendiri semua juadah tersebut dengan bantuan saudara-mara dan rakan-rakannya. Syabas Mak Jah!

Hari Isnin- Sudah selamat berada di rumah tersayang....rindunya pada kampung halaman sendiri...ngee~

Hari~ hari berikutnya berjalan dengan lebih menyeronokkan kerana pelbagai aktiviti yang telah bermain di kotak fikiranku...berusahalah ! Semangat..semangat...saya ada semangat!

Jumaat, 18 September 2009

Famous Amos Versi NHK




















Rajah di atas menunjukkan urutan proses kedua membuat biskut raya "Coklat Chip a.k.a Famous Amos Versi NHK"...(",)

Saya memulakan proses mengadun biskut ini setelah selesai solat Terawih. Walaupun agak penat kerana baru sahaja tiba di rumah petang tadi, tetapi ianya tidak mematahkan semangatku utk meneruskan misi yg murni ini...=)

Disebabkan sudah hampir 2 minggu saya tidak pulang ke rumah, oleh itu, menjadi tugasan penting bgku utk menyelesaikan dan menghabiskan semua bahan-bahan di dapur yang telah disediakan oleh ibuku yg tersayang...

Misi murni ini dibantu oleh seorang penolong kanan saya yang merangkap adik bongsu a.k.a ADIK. Kami bertungkus-lumus untuk menyelesaikan misi ini sebelum tiba hari Sabtu. Pembantu saya telah memberikan kerjasama yang cukup baik dan mantap. Hari Jumaat merupakan hari genting bagi kami sebagai petugas misi murni ini. Sekurang-kurangnya, kami perlu menyediakan hampir 3-5 jenis kuih raya iaitu biskut mazola, cornflakes madu, asam manis, tart gulung, popia dan sewaktu dengannya. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga misi ini berjaya! hehehe....

Pesanan penting daripada petugas misi ini yang merangkap Chef Sambilan yang tidak bertauliah agar rakan-rakan yang berminat untuk merasai hasil daripada misi murni ini dgn menghadirkan diri ke rumah ibu bapanya....hehehe...







Khamis, 17 September 2009

Sedih rasanya...=(

Sedih rasanya bila bulan Ramadhan semakin ke penghujungnya. Malam ini sudah masuk malam ke-28...Rasa seperti baru sahaja berpuasa. Pejam celik, pejam celik, sudah hari ke-27...cepatnya masa berlalu...Sepanjang bulan Ramadhan ini, aku dapat rasakan urusanku banyak dipermudahkan oleh-Nya. Setiap tugasan yang aku lakukan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah untuk keseluruhan proses tugasan tersebut. Walaupun tugasan yang diberikan bertindan-tindan... Alhamdulillah aku amat bersyukur. Mudah-mudahan walaupun Ramadhan akan berlalu pergi, aku mohon semangat Ramadhan itu tetap bersamaku sampai bila-bila. Aku mohon doa agar aku berkesempatan untuk menemui Ramadhan pada tahun hadapan...InsyaAllah.

Yang berlalu akan tetap berlalu, Hari Raya pula menjelma...Hari Raya tahun ini lebih bermakna bagiku kerana semua ahli keluargaku dapat berkumpul walaupun hanya seorang sahaja yang masih tidak dapat bersama-sama kami. Semoga hari raya kali ini memberi lebih makna dan diberkati serta dirahmati oleh Allah.

Ucapan khas untuk rakan-rakan yang mengenali diriku ini, Saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri". Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah.

Khamis, 27 Ogos 2009

Kebiasaan....

Sudah masuk hari ke-6 umat Islam menjalani ibadat puasa. Puasa kali ini lebih bermakna kerana abangku, Yeyi pulang ke Malaysia setelah sekian lama tidak pulang. Pastinya mak adalah orang yang paling bahagia mendengar perkhabaran itu. Semua orang rindu dengan kepulangan Yeyi. Tetapi kepulangan Yeyi sementara sahaja. Yeyi akan merantau ke tempat lain.

Seperti kebiasaannya, hanya aku, mak dan adik sahaja yang akan berada di rumah sekiranya abah tidak dapat pulang kerana telah ditugaskan di tempat lain. Sepanjang awal bulan puasa ini kebetulan jatuh pada cuti sekolah, maka banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama mak, adik n ibah. Kalau tidak hanya dilakukan seorang diri kerana hujung minggu pun mak dan adik ada kelas tambahan. Tinggallah aku keseorangan di rumah...huhu...

Aku baru sahaja selesai membaca novel "Lasykar Pelangi" setelah sekian lama mencari akhirnya aku jumpa juga novel ini. Terima kasih kepada Hidayat yang menyarankan saya membaca novel ini. Terima kasih juga kepada Wan Adila kerana menjumpainya. Sememangnya novel ini amat menarik dan bersahaja. Boleh dijadikan sumber inspirasi kepada saya sekiranya ditempatkan di sekolah pedalaman kelak.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Hari Terakhir Praktikum....

Tutorial praktikum di DTF...saya dan adda.

Candid!

Cikgu Huda dan murid-murid Prasekolah SKBB, Melaka.


Kak Emy, kak Zi dan murid-murid Prasekolah SKBB, Melaka. Terima kasih di atas kerjasama, bimbingan dan tunjuk ajar yang akak-akak berikan kepada kami. Banyak ilmu dan pengalaman baru yang kami peroleh daripada akak berdua, murid-murid dan sekolah SKBB, Melaka. Terima kasih semua!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Jom Main Doh....


Aktiviti menggunakan doh telah aku jalankan ketika slot Kreativiti & Estetika pada hari Khamis yang lalu. Kanak-kanak seronok bermain dengan doh kerana mereka berpeluang untuk mereka cipta hasil sendiri. Guru hanya membimbing mereka untuk membuat mengikut panduan. Aktiviti ini lebih berpusat kepada murid dan dapat membantu mereka melahirkan idea dan kreativiti mereka sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat doh :

1 kg - tepung gandum
1 cawan - minyak masak
1 cawan - air suam
Sedikit garam (dimasuk ke dlm air suam)
Warna air/poster

Campuran tepung dan minyak masak. Gaul hingga sebati.

Kemudian, curahkan air suam ke atas bahan tadi.

Uli tepung yang telah dicampur dengan minyak, air dan garam sehingga sebati.

Hasil daripada uli tepung tadi.

Doh dibahagi kepada 5 untuk mempelbagaikan warna doh tersebut.

Warna merah dicampurkan sehingga sebati.

Begitu juga dengan warna biru.

Diikuti dengan warna coklat.

Warna kuning.

Akhir sekali warna hijau. Anda juga boleh menggunakan apa jua warna mengikut citarasa masing-masing.

Sebelum digunakan, simpan di dalam plastik atau bekas bertutup supaya doh tidak mengeras dan boleh digunakan selama 3 bulan.

Bermain dengan doh dapat membantu perkembangan koordinasi mata-tangan dan pergerakan motor halus kanak-kanak. Doh juga boleh dipelbagaikan teksturnya mengikut keperluan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.